Sunday, June 18, 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum dan hai semua. 


Topik hari ni berkaitan dengan wajah. Pernah dengar jeragat? Apa itu jeragat? Adakah jeragat ini berbahaya. Jawapannya tidak. Namun, tidak dapat dinafikan setiap orang akan mengalami masalah jeragat ini. Namun, tidak dapat dinafikan setiap orang akan mengalami masalah jeragat ini.

Apa itu Jeragat?
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah kita kelihatan tidak menarik dan gelap.

PUNCA JERAGAT BERLAKU

#1 TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI 

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :

Ultraviolet A – Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambubg seterusnya menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

Ultraviolet B – Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C – Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.


#2 PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.

 

#3 PENGGUNAAN KOSMETIK

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.

 

#4 FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.

 

Memandangkan sekarang ni ramai yang bekerjaya, mungkin ingin menggunakan petua-petua untuk menghilangkan jeragat mengambil masa yang lama. Jadi, semuanya mencari produk yang dapat mengatasi masalah ini. Dengan itu, Tcer nak syor kan kepada anda semua gunakalah set jeragat daripada produk kami di Shaklee dan Youth.  InsyaAllah berkesan dan selamat digunakan bagi anda yang mengalami masalah jeragat.

 

Tips Hilangkan Jeragat

Tips 1:

Minum teh hijau sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari. Kaedah ini mampu membuat kulit anda bebas dari jerawat kerana ia mempunyai antioksidan yang sangat bagus. Di dalam Shaklee, kami ada Cinch Tea yang bagus untuk antioksidan. Ini kerana Cinch Tea ini mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. 



Tips 2:

Untuk pencuci muka, anda boleh memilih pencuci muka dari Youth iaitu Luminous Gel Oil Cleanser kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna. 


 

Tips 3:

Penyegar wajah adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Gunakanlah Perfecting Skin Toner  yang mana ia sangatlah mudah untuk digunakan dan dapat membersihkan segala sisa-sisa makeup yang ada sebab ia bersifat waterbase.

 

 

Tips 4:

Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Pelembap yang menggunakan bahan semula jadi dan bebas kimia adalah yang terbaik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna. Tak tahu nak guna pelembap apa? Anda boleh try Age Defense Moisturizer SPF 50.

 

 

Tips 5:

Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut pada wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

Nak lebih best, gunakan full set rangkaian penjagaan wajah dari YOUTH

Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang jeragat? Jom klik Petua Hilangkan Jeragat di sini. 

Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee? Jom Jom PM Tcer Ain Di Sini

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hai 🙋 Bertemu kembali. Hari ni Tcer nak share tentang "Amalan Gaya Hidup Sihat"

Seperti yang kita ketahui, Kementerian Kesihatan Malaysia selalu menguar-uarkan tentang amalan gaya hidup sihat ini. Pernah dengar tak? Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti akibat cara pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat. 

Kenapa kita perlu menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat?
Ini kerana amalan gaya hidup sihat mampu mencegah daripada terkena penyakit berbahaya seperti serangan sakit jantung, strok, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi. 
Antara yang disarankan oleh pihak kerajaan kita mestilah:

1. Melakukan senaman 
Kita digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 30min setiap hari. Senaman ni boleh dilakukan outdoor atau indoor. Kalau hari bekerja Tcer suka berlari diatas tredmill. Tcer beli yang murah-murah je. Atleast Tcer keluarkan peluh dan feel lepas joging ni rasa ringan badan. Jika hari minggu Tcer suka ajak anak-anak dan suami jogging di taman sambil bermain dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya Tcer dapat merapatkan ikatan silaturrahim bersama ahli keluarga. 

Tcer juga rasa seronok join circle "Detox" . Sebab kawan-kawan Tcer suka share senaman ringkas yang Tcer boleh ikut jika tak dapat berlari diatas tredmill atau berjoging ditaman. Mereka juga selalu beri galakan dan inspirasi buat Tcer. Sibuk macam mana sekalipun, buat senam simple atleast 30 minit. Best kan? Nak join kami, jom PM Tcer. 

Lepas joging seround boleh main kat taman. 

2. Ambil Makanan Berkhasiat dan Seimbang. 
Kita disarankan untuk ambil makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan. Tahu tak piramid makanan tu apa? 

Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 Mesej Utama, di antaranya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong setiap hari.

Manakala pengambilan 6 hingga 8 gelas air kosong sehari dapat memastikan kesihatan dan fungsi tubuh yang baik.
Kedua-dua mesej utama ini penting terutamanya dalam menghadapi wabak.

Amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’.
You are what you eat. Kawal kuantiti makanan yang diambil setiap hari. Gunakan pinggan berukuran kira-kira 10 inci yang dibahagikan kepada tiga bahagian dengan konsep ‘suku-suku separuh’. Maksudnya suku pertama diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita. 

Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.

Separuh lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untutk membantu pelbagai fungsi penting tubuh. 

Manakala pengambilan air yang disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil dua gelas air tambahan bagi mengelakkan dehidrasi.


Cara mudah, ingat konsep suku suku separuh:

Suku karbohidrat (nasi, mi, mihun, kuey teow, pasta)
Suku protein (ayam, ikan, telur, daging, tempe, tauhu)
Separuh sayur & buah-buahan


3. Pilih Supplemen Yang Berkualiti
Pada zaman kini supplemen adalah keperluan, bukan kehendak kerana supplemen la yang mencukupkan zat dan nutrisi dalam diri kita. 
Untuk konsultasi supplemen boleh PM Tcer disini

Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang amalan gaya hidup sihat? Jom klik  Gaya Hidup Sihat di sini. 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


Friday, June 9, 2023

PENGEDAR SHAKLEE SERI MANJUNG ,PERAK


Alhamdulillah....genap 2 tahun kembali aktif menjual Shaklee. 

Assalamualaikum semua. 

Hai. Hari ni Tcer tak ada nak cerita apa. Cuma rasa bersyukur buat bisnes Shaklee setelah bertahun-tahun jadi pengguna setia Shaklee sejak 2012 lagi. 

Niat asal takde la nak bersungguh nak menjual ni. Tcer ni penyegan sikit bila nak bercakap dengan orang kecuali orang yang betul kita dah kenal. Nak bercakap dengan customer pun alahai...segan.

Tapi itu dulu. Sekarang lebih berani dan confident bila nak bercakap dengan customer tentang produk. Tcer tak akan jual sesuatu kalau tak beri manfaat kat Tcer dan orang sekeliling. Maksudnya, macam Shaklee ni Tcer suka dengan "shaklee effect" yang Tcer dan family dapat. Dari situ la Tcer rasa rugi kalau tak share manfaat produk Shaklee ni. Dan dari situ lah juga big point kenapa Tcer teruskan bisnes Shaklee ni. 

Tcer seorang umi kepada dua orang cahaya mata lelaki yang sangat aktif, seorang isteri dan juga seorang pendidik yang aktif di sekolah. Kalau kerjaya chekgu chekgi ni macam biasa la. Mana boleh duduk diam. Start sampai tempat kerja sampai nak balik lah asik berjalan. Boleh bayang tak betapa penatnya sepasang kaki ni? 😅 

Sebab itu Tcer perlukan supplemen yang serasi untuk extra tenaga Tcer. Semestinya Tcer pilih Shaklee sebab berkualiti, diyakini selamat dan berkesan. Banyak research yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik Shaklee sebelum sesuatu barang itu dipasarkan. Bukan kaleng-kaleng produknya. Ada yang dah lebih 100 tahun pun. 

Jangan ragu-ragu untuk guna Shaklee. Tahun ketiga Shaklee terima award gold ni. Tahniah Shaklee ❤️

Antara set shaklee effect yang best pernah Tcer jual ialah 
❤️ Set Mengandung Shaklee
❤️ Set Berpantang Shaklee
❤️ Set Menyusu Shaklee
❤️ Set Untuk Warga Tua
❤️ Set Cantik Shaklee
❤️ Set Detox Shaklee
❤️ Set YOUTH Skincare Shaklee

Tcer cover untuk area Seri Manjung, Lumut, Setiawan, Ayer Tawar. Tapi kalau yang jauh Tcer boleh poskan. Free saja kalau nak tanya-tanya dulu. 

Tcer berharap dengan bisnes ni Tcer dapat bantu sampaikan benda yang baik-baik kat customer dan orang sekeliling. 

Jom hidup lebih sihat dan ceria dengan Shaklee.

Orang Kota Kinabalu Sabah boleh hello-hello kawan Tcer ni tau. Si cantik Elly Matin Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu

Nak hubungi Tcer boleh klik disini Your favourite SID Shaklee


Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut







Tuesday, June 6, 2023

MY SHAKLEE EFFECT ❤️


TESTIMONI SHAKLEE EFFECT SAYA
 
❤️ SET MENGANDUNG DAN BERPANTANG BERSAMA SHAKLEE

Hai.. Assalamualaikum semua. Hari ni Tcer nak share testimoni shaklee effect Tcer sendiri. 

Alhamdulillah.... Anas ni anak yang kedua. Masa pregnantkan abangnya Tcer tak ambil full set Shaklee. Hanya ambil waktu berpantang saja. Ye la..dulu tak berapa kenal lagi produk ni. Sebab seronok masa berpantang pertama dengan Shaklee, Tcer bagitau suami nak try la ambil full set kalau mengandung kali yang kedua. 

Anak pertama Tcer bersalinkan secara czer. Mengandungkan si Anas ni masa anak pertama baru setahun tiga bulan. Scary ok. Sebab doktor dah ingatkan jarakkan mengandung yang seterusnya sebab bersalin czer kan. Tapi apa kan daya termengandung pulak. 

Sebelum nak jumpa doktor ni dah risau macam-macam. Tapi alhamdulillah bekas czer doktor kata cantik. Tak timbul. Sepanjang pregnantkan Anas takde masalah. Nak tau tak? Tcer tak pernah minum air gula. Tertanya juga kenapa tak kena ni? Sebab pregnantkan Anas umur pun dah 29 tahun. Tapi doktor kata rekod cantik so tak payah la buat. Ya...fully checkup private. Tak pernah ke klinik kesihatan. Rezeki Tcer & anak-anak. Thank you ayah. 

Sepanjang pregnant tak rasa letih. Masa ni terpaling bisneswomen jual Tupperware. Hari-hari postage barang. Siap beratur. Ada orang suruh kedepan dulu.  Tcer tak mau...sebab ok je beratur. 😆 Takde la rasa letih ke apa. Haha. Berlagak betul kan. Ye, dulu-dulu tak ada lagi drive thru untuk pos. Gigih beratur.

Sepanjang pregnant ini la set yang Tcer ambil. 
Part paling best, doktor tanya awak nak tak supplemen dari hospital? So Tcer tanya la. Boleh tak nak ambil supplemen dari Shaklee saja? And yessss, doktor bagi ambil supplemen dari Shaklee saja. So cerita dia tak pernah la dapat vitamin dari hospital. Doktor tanya siap-siap supaya kita tak membazirkan ubat-ubat dari hospital. Kalau ambil dan tak makan, kan dah jadi kawan syaitoooon. 

Ni Anas masa hari pertama lahir. Super cute. Sampai orang ingat anak cina. Takut tersilap anak 😅 

Masa berpantang Tcer teruskan dengan set Shaklee. Add on Vivix, Zinc. 

Vivix untuk tenaga, bagi cepat baik. 
Zinc untuk luka cepat baik. Ni memang betul cepat baik. Minggu ke tiga dah ikut balik ke Manjung. Minggu ke empat siap naik ke Cameron.
Alfalfa untuk booster susu atau lebih dikenali sebagai jamu moden. Memang meriah la susu. 

Alhamdulillah... dah 7 tahun pun budaknya tahun ni. Apa yang Tcer lihat sepanjang perkembangan tumbesaran Anas, jarang sakit. Tapi kalau sakit tu tak melarat. Alhamdulillah, syukur sangat. Abangnya baby prematured, jadi kerap sakit sampai masuk hospital. Sampai Anas cakap kenapa ya Anas tak pernah pun masuk hospital macam Ammar? Budak-budak dia tak faham. Dia ingat seronok sangat ke masuk hospital tu. 😄

Part paling bersyukur dia mudah faham apa yang nak belajar, kadang kala tak sangka dia boleh jawab. Doakan Anas Arsyad jadi anak soleh, anak yang bijak pandai supaya dapat jadi seorang pemimpin yang baik. 

Anak kakak si comel Khalis ni pun baby Shaklee. Kakak kata jealous tengok Anas. So masa pregnant si Khalish kakak ambil full set juga. Dapat la si Khalish yang comel dan bijak ni. 

Itu lah Shaklee Effect yang Tcer rasa berbaloi sepanjang guna Shaklee ni. Sebab itu la Tcer rasa rugi kalau tak share dengan orang lain. Kalau awak tengah pregnant, belum terlambat nak try set hamil Shaklee ni tau. Terus sambung set berpantang dan menyusukan anak. 

Nak baca lagi kisah shaklee effect Shaklee kami? Jom baca kisah Kisah Shaklee Effect Ivy

Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee? Jom PM Ain disini.

Saya juga join giveaway dari Master Norita. Doakan saya terpilih. 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut












Thursday, June 1, 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE KINI BERWAJAH BARU

Hai. Assalamualaikum. 

Nak tau tak? Vita-lea Iron Formula dah berwajah baru tau. Nama barunya Vita-lize. Jom Tcer share tentang produk ni. 

Sebelum tu kita perasan tak, tanpa kita sedari adakah cukup multivitamin yang kita ambil setiap hari? Cukup tak ambil buah-buahan atau sayur-sayuran? 

Disebabkan masalah ini kita disarankan untuk consume vita-lize. 

Apa itu vita-lize?
Pada tahun 1915, Dr.Forest C.Shaklee mencipta multivitamin ini yang pertama di A.S. 

Vitalize merupakan multi-vitamin dan mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "vitaliza-mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "vita-min". 

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap dan diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 

FUNGSI VITA-LIZE

ISI KANDUNGAN VITA-LIZE
Shaklee telah menambahbaik Vita-lize dari semasa ke semasa untuk kebaikan penggunanya. 

SIAPAKAH YANG SESUAI AMBIL VITA-LIZE

Q&A:
1. Adakah boleh naik berat badan jika ambil Vita-lize ni?
~ Tidak. Ia tidak menyebabkan kegemukan. Ia untuk melengkapkan kekurangan nutrient dalam badan kita. 

2. Berapa biji yang perlu kita consume setiap hari?
~ Untuk orang dewasa, 2 biji sehari. 

Testimoni Vita-lize

Untuk lebih info, jom baca artikel ini Multivitamin Dunia Berwajah Baru

Untuk keterangan lebih lanjut boleh contact Tcer seperti maklumat di bawah Klik sini

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut






3 TIPS NAK BERJAYA DALAM BISNES

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera❤

Hari ni Tcer saja nak share santai-santai tentang tips nak berjaya dalam bisnes. Tips ni lebih kepada Tcer. Almaklum, manusia kan mudah lupa jadi ini adalah salah satu cara Tcer untuk ingat mengingati. 

🔐Bisnes tu ajar kita bergantung pada Allah 💯
🔐Bisnes tu ajar kita jadi orang yang positif
🔐Bisnes tu ajar kita saling bantu membantu
🔐Bisnes tu ajar kita ajar kita bangkit selepas jatuh
🔐Bisnes tu ajar kita ``kau buat kau dapat''
🔐Bisnes tu ajar kita istiqamah
🔐Bisnes tu ajar kita abaikan kata² negatif orang
🔐Bisnes tu ajar kita bersabar
🔐Bisnes tu ajar kita erti susah payah kita lebih menghargai apa yang kita dapat dari hasil usaha keras kita

Jom kita detailskan 3 tips nak berjaya dalam bisnes. 

Yang pertama, 

1. Mohon keberkatan dengan Tuhan-Mu
Sebelum jumpa circle Shaklee yang best ni, Tcer dah bisnes macam-macam tapi tak jumpa circle yang mengingatkan tentang ilmu kerohanian. Sebelum ni apa yang penting kena capai target. 

Tapi bila jumpa circle Shaklee ni, bukan je ilmu duniawi yang diterapkan tapi ilmu rohani juga diterapkan. Alhamdulillah. Tcer rasa lapang dan mudah je rezeki tu nak masuk. Dalam circle ni seimbang. Sebab itu la Tcer sayang circle ni. 

Mohon keberkatan daripada Allah. Moga Allah mudahkan perjalanan bisnes kita. Amalkan apa yang disukainya seperti solat tahajud, selawat, bersedekah dan lain-lain. 


Yang kedua,

2. Cari Guru atau Mentor
Bila berbisnes ni, paling utama cari lah guru atau mentor yang boleh bimbing dan menasihati kita. 

Setiap awal bulan bincang dengan leader tentang target dan cara marketing yang bersesuaian. Bila kita buat target, kita tahu apa yang hendak dicapai. Maksudnya tak la jalan tanpa arah tujuan. Bila ada kelas atau aktiviti yang dijalankan, kita join tanpa ada rasa perasaan terpaksa.

Tcer suka masuk kelas-kelas yang dibuat. Bagi Tcer boleh menaikkan semangat Tcer untuk berbisnes. Bila rasa lemau nak meniaga, join kelas-kelas yang dibuat automatik rasa bersemangat gitu. Seronok kan? 

Yang ketiga,

3. Jangan Give Up

Dalam berbisnes memang ada pasang surutnya. Mungkin ada satu bulan itu kita rasa give up, letih, lelah. Its ok untuk kita rest tapi kita perlu bangkit semula sebab ada ramai orang yang perlukan produk kita. Jangan give up bila tak capai target. Usaha dan usaha. Jangan tunggu leader bertanya tetapi kita yang perlu bergerak tanpa disuruh. Kita nak berjaya kan? Jadi kita la yang kena bangkit. Tcer doakan sesiapa yang berbisnes berjaya. Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah kita semua. 

Nak join Tcer dalam circle Shaklee ni? Jom PM Tcer kat sini

Nak baca kisah tentang motivasi? Jom Klik sini kisah motivasi

Untuk keterangan lebih lanjut boleh contact Tcer seperti maklumat di bawah 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut #NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023








CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...