Thursday, June 1, 2023

3 TIPS NAK BERJAYA DALAM BISNES

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera❤

Hari ni Tcer saja nak share santai-santai tentang tips nak berjaya dalam bisnes. Tips ni lebih kepada Tcer. Almaklum, manusia kan mudah lupa jadi ini adalah salah satu cara Tcer untuk ingat mengingati. 

🔐Bisnes tu ajar kita bergantung pada Allah 💯
🔐Bisnes tu ajar kita jadi orang yang positif
🔐Bisnes tu ajar kita saling bantu membantu
🔐Bisnes tu ajar kita ajar kita bangkit selepas jatuh
🔐Bisnes tu ajar kita ``kau buat kau dapat''
🔐Bisnes tu ajar kita istiqamah
🔐Bisnes tu ajar kita abaikan kata² negatif orang
🔐Bisnes tu ajar kita bersabar
🔐Bisnes tu ajar kita erti susah payah kita lebih menghargai apa yang kita dapat dari hasil usaha keras kita

Jom kita detailskan 3 tips nak berjaya dalam bisnes. 

Yang pertama, 

1. Mohon keberkatan dengan Tuhan-Mu
Sebelum jumpa circle Shaklee yang best ni, Tcer dah bisnes macam-macam tapi tak jumpa circle yang mengingatkan tentang ilmu kerohanian. Sebelum ni apa yang penting kena capai target. 

Tapi bila jumpa circle Shaklee ni, bukan je ilmu duniawi yang diterapkan tapi ilmu rohani juga diterapkan. Alhamdulillah. Tcer rasa lapang dan mudah je rezeki tu nak masuk. Dalam circle ni seimbang. Sebab itu la Tcer sayang circle ni. 

Mohon keberkatan daripada Allah. Moga Allah mudahkan perjalanan bisnes kita. Amalkan apa yang disukainya seperti solat tahajud, selawat, bersedekah dan lain-lain. 


Yang kedua,

2. Cari Guru atau Mentor
Bila berbisnes ni, paling utama cari lah guru atau mentor yang boleh bimbing dan menasihati kita. 

Setiap awal bulan bincang dengan leader tentang target dan cara marketing yang bersesuaian. Bila kita buat target, kita tahu apa yang hendak dicapai. Maksudnya tak la jalan tanpa arah tujuan. Bila ada kelas atau aktiviti yang dijalankan, kita join tanpa ada rasa perasaan terpaksa.

Tcer suka masuk kelas-kelas yang dibuat. Bagi Tcer boleh menaikkan semangat Tcer untuk berbisnes. Bila rasa lemau nak meniaga, join kelas-kelas yang dibuat automatik rasa bersemangat gitu. Seronok kan? 

Yang ketiga,

3. Jangan Give Up

Dalam berbisnes memang ada pasang surutnya. Mungkin ada satu bulan itu kita rasa give up, letih, lelah. Its ok untuk kita rest tapi kita perlu bangkit semula sebab ada ramai orang yang perlukan produk kita. Jangan give up bila tak capai target. Usaha dan usaha. Jangan tunggu leader bertanya tetapi kita yang perlu bergerak tanpa disuruh. Kita nak berjaya kan? Jadi kita la yang kena bangkit. Tcer doakan sesiapa yang berbisnes berjaya. Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah kita semua. 

Nak join Tcer dalam circle Shaklee ni? Jom PM Tcer kat sini

Nak baca kisah tentang motivasi? Jom Klik sini kisah motivasi

Untuk keterangan lebih lanjut boleh contact Tcer seperti maklumat di bawah 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut #NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023








No comments:

Post a Comment

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...