Sunday, August 6, 2023

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ialah CoQ-trol. Jom kita belajar apa itu CoQ-trol. Awak pernah dengar tak? 

Apakah itu Coenzyme Q10?
Coenzyme Q10 penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia terletak di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel badan manusia. Ia bertugas menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksidan yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

CoQ10 digelar sebagai "miracle nutrient" atau "universal antioxidant". Ia adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, iaitu pusat stesen janakuasa sel. CoQ10 juga banyak terdapat di dalam sel otak, jantung, dan hati.

CoQ10 adalah nutrien larut lemak yang ada di dalam badan dan ia juga ada di dalam semua sel-sel badan. Dan kebanyakan CoQ10 ini banyak terdapat di dalam jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas. Jika tiada CoQ10, sel-sel dalam badan tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik.

CoQ10 juga penting untuk aktiviti antioksidan yang kuat, melindungi membran sel daripada radikal bebas.

Sebagai antioksidan yang kuat, CoQ10 dapat membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL, kolesterol jahat. Ia penting bagi membantu menggalakkan fungsi saluran darah, termasuk mengangkut darah ke jantung.

Keistimewaan CoQ Trol Plus
  • CoQ Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg CoQ10.
  • Tambahan 2 mg Resveratrol dan 5 mg Tokoferol.
  • Coq-Trol Plus juga ddilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum di dalam tubuh.
  • Bebas Gluten.

  • Mengapa CoQ10 penting?
  • Membantu kekal bertenaga
  • Menyokong gaya hidup yang aktif dan cergas
  • Membaiki peredaran darah yang sihat
  • Mengekalkan kolesterol yang sihat
  • Menguatkan otot jantung
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Meingkatkan pergerakan sperma
  • Meningkatkan kuantiti sperma
  • Memperbaiki kualiti ovum
  • Mempunyai peluang tinggi untuk persenyawaan
  • Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit
  • Memberi tenaga untuk penghasilan dan pembaikan sel kulit
  • Memperbaiki jerawat dan kesan parut pada kulit
  • Kulit lebih anjal dan sihat
  • Kulit kurang berkedut
  • Melambatkan proses penuaan kulit dan badan
  • Meingkatkan daya ingatan & pembelajaran
  • Lebih fokus dan peka
  • Mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan penuaan, iaitu Alzheimer dan Parkinson

  • Bagaimana CoQ10 berfungsi bersama polifenol?

    Wahh... ingat polifenol ada di Vivix dan ResV sahaja. CoQ10 pun ada tau. 
    Resveratrol adalah sejenis fitonutrien yang terdapat pada wain merah, kulit warna merah pada anggur, dan jus anggur ungu. Resveratrol juga berperanan untuk kesihatan jantung dan saluran darah.

    Dalam kajian makmal, resveratrol telah terbukti untuk membantu mengurangkan pengoksidaan LDL dan melancarkan peredaran saluran darah. Salur darah ini penting untuk menggalakkan pengaliran darah yang sihat.

    Resveratrol ini terdapat di dalam Vivix Shaklee 

    Mengapa Kita Perlukan CoQ10?

    Jumlah CoQ10 akan berkurangan mengikut usia. Keupayaan ini akan menurun pada usia 20 tahun dan akan berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun dan berterusan sehingga hingga usia 80 tahun. 
    Pemakanan seharian CoQ10 kita juga tidak mencukupi. Ini kerana nutrisi seharian yang diambil tidak mencukupi. Jika makan ubat statin akan mengurangkan penghasilan CoQ10 serta pencemaran yang berada disekeliling kita. 
    Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil makanan berikut :
    atau...
    Untuk memenuhi keperluan CoQ10, Shaklee memperkenalkan...

    Siapa yang Perlukan CoQ Trol Plus Shaklee?
  • Masalah berkaitan jantung
  • Kolesterol tinggi
  • Darah tinggi
  • Kulit cantik / Awet muda
  • Alzheimer
  • Lemah otot
  • Badan jenis cepat letih
  • Tingkatkan kesuburan
  • Baru lepas pembedahan jantung
  • Anda yang berumur 40 tahun ke atas
  • Sesiapa saja yang ingin sihat

  • Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang CoQ10?  Kebaikan CoQ10 kepada Wanitadi sini. 

    Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee atau nak dapatkan CoQ10 ni? Jom PM Tcer disini. Nak Cuba CoQ10 .

    Bulan ini juga kita ada promo Merdeka tau. Jom grab sementara ada peluang ni. Promo tamat hingga 31 Ogos 2023 ya.


    Nurain bt Sarion : SID 111677
    Nombor telefon: 018 573 2868
    Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

    Thank you korang sudi baca. till next entry!

    #NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut



    Kelebihan dan Kebaikan Vitamin E Complex Shaklee

    Kelebihan dan Kebaikan Vitamin E Complex Shaklee

    Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share tentang kebaikan manfaat Vitamin E. Sebelum ni ramai yang ambil enteng tentang Vitamin E kan? Malah tak tahu apa fungsi dan kebaikannya. Jom Tcer share serba sedikit tentang Vitamin E. 

    Apa itu Vitamin E?

    Vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Ia adalah nutrien yang penting dan membantu memberikan kulit, mata dan otak yang baik, malahan, ia juga penting untuk penglihatan dan sistem pembiakan. Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan oleh fungsi tubuh. 
    • Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut-lemak. 
    • Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. 
    • Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi. 
    • Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.

    Fungsi Vitamin E Dalam Tubuh

    Vitamin E bersifat antioksidan. Ini bermakna ia melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan bahan yang dipanggil radikal bebas, yang berbahaya untuk sel, tisu dan organ – mempunyai kaitan dengan penuaan.

    Tubuh memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah.

    Sel dalam tubuh menggunakan vitamin E untuk berhubung antara satu sama lain dan menjalankan pelbagai fungsi penting.

    Anda mungkin mendapat cukup kandungan vitamin E setiap hari. Namun, jika tubuh anda kekurangan vitamin ini ia mungkin mendatangkan masalah yang serius. Tubuh memerlukan lemak untuk menyerap vitamin ini, jadi bagi individu yang mempunyai masalah pencernaan mungkin tidak mendapat apa yang diperlukan. Ia sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada sistem imun dan saraf serta mata.

    Kenapa vitamin E perlu diambil?

    Walaupun ia jarang berlaku, manfaat vitamin E hanya diperlukan oleh individu yang berdepan dengan masalah kekurangan vitamin E. individu seperti ini cenderung mempunyai masalah kesihatan berkaitan pencernaan dan fibrosis sista. Mereka yang mengamalkan diet rendah lemak juga berisiko mempunyai masalah kekurangan tahap vitamin E.

    Boleh vitamin E diperolehi sumber makanan semula jadi?

    Kebanyakan individu memperolehi sumber vitamin E yang mencukupi dari makanan. Sumber makanan yang mengandungi vitamin E adalah:

    • Minyak sayuran
    • Sayuran berdaun hijau seperti bayam
    • Bijirin
    • Telur
    • Kekacang
    • Tomato
    • Brokoli
    • Mangga
    • Kiwi
    • Daging
    • Ayam
    Sumber Makanan yang mengandungi Vitamin E
    Tips Memilih Supplement Vitamin E yang Terbaik

    Sebelum memilih suplemen vitamin E, mari kita rujuk garis panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik dari hasil penulisan Dr Bruce Miller : 

    1. Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan).
    2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
    3. Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.

    Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? 

    Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh badan). 

    Keistimewaan Vitamin E Complex Shaklee

    1 Kapsul Vita-E Complex mengandungi 

    • 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. 
    • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. 
    • 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.
    10 Manfaat Vitamin E Shaklee
    1. Membantu mengurangkan kesan "inflammation" 
    2. Membantu mengurangkan risiko penyakit Parkinson. 
    3. Membantu luka cepat sembuh. 
    4. Membantu mengurangkan risiko kulit "sunburn". 
    5. Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata. 
    6. Membantu kanak-kanak yang ada masalah beta-thalassemia dan vitamin E deficiency. 
    7. Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit.
    8. Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf 
    9. Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang. 
    10. Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang. 
    Testimoni Vitamin E Shaklee 
    Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang Vitamin E? Kisah Vitamin E bersama Master Laila  di sini. 

    Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee atau nak dapatkan harga promo Vitamin E bulan ni? Jom PM Tcer disini. Nak order Vitamin E .Promo tamat hingga 31 Ogos 2023 ya. Jom grab sementara ada peluang ni. 

    Nurain bt Sarion : SID 111677
    Nombor telefon: 018 573 2868
    Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

    Thank you korang sudi baca. till next entry!

    #NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


    CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

    Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...