Friday, May 12, 2023

HELLO NEW YOU SET

Assalamualaikum semua.

Dah hampir ke penghujung Syawal kan. Sekejap saja masa berlalu. Naik berat badan tak tu lepas sebulan beraya? ☺️

Hari ni Tcer nak share satu tips nak turun berat dengan mudah. Caranya ialah dengan konsisten ambil "Hello New You Set".

Jom Tcer share apa yang menarik dengan set Hello New You ni. Sebenarnya ini adalah pelancaran set yang kedua. Set sebelum ini berbeza. Tapi khasiat dan manfaatnya masih sama.  Jom kita lihat apa yang menarik. 

Dalam set ini kita ada
✅ Cinch Latte 1 canister
✅ Lecithin
✅ Omega Guard
✅Herblax

dan yang menarikny bulan ini, kita ada PERCUMA
✅ Cinch Vanilla
✅ Shaklee Shaker Green

Masih berbaloi tau sebab PERCUMA 
✅ Kos postage
✅ Membership

Jom kita tengok apa yang bestnya produk ni. 

1. CINCH SHAKE
APA ITU CINCH SHAKE SHAKLEE?
Cinch Shake Shaklee adalah satu supplement Shaklee berbentuk serbuk yang mana di dalamnya terdapat satu bahan utama yang dipanggil leucine.

Dan leucine yang terdapat di dalam Cinch Shake Shaklee inilah bertanggungjawab untuk membantu pertumbuhan otot, sintesis protein, pembaharuan dan perbaikan sel, serta sebagai pengatur metabolisme.

APAKAH ITU LEUCINE?
Leucine ialah asid amino dan anggota keluarga bercabang di rantai asid amino yang juga termasuk isoleucine dan valine. Badan kita menggunakan asid amino untuk membuat protein. Ia juga sangat bagus untuk pemeliharaan otot.

And yang paling best, penyelidikan saintifik baru-baru ini menunjukkan bahawa leucine boleh membantu dalam penurunan berat badan! Ini kerana leucine akan menyerap makanan yang anda makan dan bergerak terus kepada tisu otot yang mana ia akan bertindak sebagai isyarat untuk sintesis protein.

Jadi, peningkatan dalam sintesis protein ini berfungsi untuk mengimbangkan peningkatan dalam pecahan protein yang secara semulajadinya berlaku daripada sekatan kalori atau berdiet.

BAGAIMANA LEUCINE BEKERJA?
Leucine akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita bersenam. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang.

Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya kandungan leucine dalam Cinch Shake Shaklee ia merupakan protein yang elok untuk orang yang sedang berdiet dan membina badan / otot.

APAKAH FUNGSI UTAMA CINCH SHAKE?

1. Badan lebih solid dan tidak menggeleber.
Okay biasa orang yang mengalami perubahan daripada gemuk ke kurus akan mengalami masalah perut or otot-otot menggeleber betul tak? Haaa inilah fungsi utama Cinch Shake ni, ia bantu badan kita BINA OTOT DAN SOLIDKAN SHAPE KITA! Haaa suka latuuu..

2. Memberikan tenaga segera dan berpanjangan.
Yes of course. Sama macam ESP, Cinch Shake lagi-lagi lah buat perut kita tahan tak makan and jangka masa bertahan tu lebih lama tau. So memang sesuai sangat untuk yang nak diet and yang busyyyy!

2. OMEGA GUARD
Supplemen minyak ikan atau fish oil bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat kita. Malah ianya adalah supplemen yang paling banyak diamalkan di seluruh dunia.

Apa yang istimewanya minyak ikan ini? Tentulah ianya kaya dengan nutrisi asid lemak omega 3.

Di Shaklee, Omega Guard adalah produk minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang baik diamalkan setiap hari.

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?
Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. Wajib! Mengapa saya kata wajib? Inilah yang saya nak ceritakan....

Tak kenal maka tak cinta! Tapi orang kampung saya kata bila dah kenal jadi mcm ni, "I love you, not from the bottom of my heart, but from the core of my soul".

3. LECITHIN
Apa itu Lecithin Shaklee?
Lecithin Shaklee merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ia adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak yang ada dalam darah, seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. And paling eksklusifnya, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya, bukan daripada haiwan or bahan sintetik ya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. SO THE BEST LECITHIN IS FROM SHAKLEE :)

APA KANDUNGAN LECITHIN?
Tadi pun dah mention bahawa Lecithin Shaklee berasaskan kekacang soya. So setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.

Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Dalam Lecithin Shaklee ada Kolina. APA FUNGSI KOLINA?

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.

Okay dah jelas tak pasal Lecithin Shaklee? Best tak? Best kan..

4. HERBLAX
Herb Lax Shaklee ni memang satu supplement yang tugasnya adalah men-detox. Apa itu detox?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini. Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen akan lebih cepat berkesan dan tidak membazir.

Dah ramai customer yang ambil Herb Lax ni terutamanya mereka yang ambil Set Detox Shaklee atau Set Kurus. Alhamdulillah banyak fedbacks yang positif di terima, and kebanyakannya daripada mereka yang berdisplin. Sebab awak semua tak boleh bergantung kepada supplement semata-mata ya lagi lagi kalau nak kurus. Kena usaha juga kurangkan makan and jaga waktu makan. Tak boleh nak main taram aje sebab Shaklee bukan ubat kurus tau.

Okay, Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

CADANGAN PENGAMBILAN SET HELLO NEW YOU
TESTIMONI SET HELLO NEW YOU 

Hidup Yang Menakjubkan!

Saya menyedari stamina saya berkurangan apabila berat badan bertambah sehingga telah melemahkan semangat saya.

Tidak dapat saya gambarkan perbezaan menakjubkan yang saya lalui dengan produk-produk Shaklee yang membantu saya menurunkan berat badan secara lestari.

Amalam pemakanan sihat juga memainkan peranan penting. Paling saya suka apanila saya berasa hebat dan lebih bertenaga.

[Fazlina Jamil, Melaka]

Tiada Kelaparan Dan Tekanan

Walaupun mempunyai BMI dalam julat yang normal, namun perut dan muka saya tetap bulat sehingga orang sekeliling menyangka saya mengandung! Selepas menjalani “intermittent fasting” yang disertakan dengan pengambilan produk-produk Shaklee, saya berjaya merubah penampilan saya!

Otot jadi lebih pejal dan pergerakan saya juga semakin mudah selepas menurunkan berat badan. Keseluruhan perjalanan bersama Shaklee sangat menyeronokkan dan menenangkan kerana saya tidak berasa lapar dan tertekan.

[Nurul Nadiah Othman, Selangor]


Berasa Yakin Dengan Diri Sendiri

Saya sentiasa berasa letih.

Melalukan aktivit yang mudah seperti menaiki tangga terasa seperti satu tugas yang sangat sukar. Saya juga sukar untuk mendapatkan pakaian yang sesuai sehingga melemahkan lagi semangat saya.

Kini, selepas berjaya menurunkan berat badan menggunakan produk-produk Shaklee, saya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri dan berasa lebh bertenaga untuk memulakan hari saya!

[Siti Norfarahiyah]

Rasa Lebih Segar Dan Lebih Ringan!

Selepas bersalin, terlalu sukar untuk saya mencapai BMI yang normal. Nafas say amula tercungap-cungap dan kaki juga mudah terasa sakit apabila berdiri terlalu lama.

Selepas mengamalkan “intermittent fasting” dan mengambil produk-produk Shaklee, saya berjaya menurunkan berat badan dan kembali kepada BMI yang normal dan sihat.

Badan saya juga terasa lebih segar dan lebih ringan. Kini, saya juga berasa lebih bertenaga untuk menjaga anak-anak saya.

[Norsyaheera bt Young Rockie]


Nak free konsultasi boleh je PM Tcer. 

Meh klik sini Jom sembang-sembang

Nak lagi info HELLO NEW YOU SET


Untuk keterangan lebih lanjut boleh contact Tcer seperti maklumat di bawah 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut
Untuk pembelian pantas, sila KLIK SINI

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



No comments:

Post a Comment

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...