Tuesday, May 9, 2023

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua. 

Hai... bersua kembali. Seronok tak beraya tahun ni? Meriah sangat kan. Selepas dua tahun kita PKP, Tcer rasa meriah betul raya tahun ni. Jalan sampai sesak kat kampung.
Bila musim perayaan dah tentu kita suka makan bermacam-macam jenis makanan. Minum air manis. Sampai terlupa air kosong. Tuan rumah jamu macam-macam makanan. Nak tak nak kena jamah juga sedikit hidangan. Sampai rumah perut kekenyangan. 

Masa ni lah macam-macam penyakit keluar. Sembelit lah, sakit perut lah, batuk selsemalah. Demam. Ni penyakit yang sinonim datang bila musim perayaan. Lagi-lagi bila klinik banyak tak buka. Haaaa....jenuh la kita nak cari ubat. 

Jom Tcer nak share antara supplemen yang kita boleh consume sepanjang musim perayaan. 

1. Herblax
Apa itu herblax? Herblax ni tugasnya untuk mendetox. Apa pulak detox ni? Detox ni proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus bersih, barulah badan kita mudah menyerap nutrien pada tahap optimum. 

Siapa yang boleh ambil herblax ni? Herblax ini disarankan kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas. 

Mereka yang mengalami masalah pembuangan air besar/ sembelit, disarankan untuk mengambil herblax 2 kali seminggu. Nak kempiskan perut, turunkan berat badan juga disarankan untuk ambil herblax. 

Testimoni Herblax
2. Lecithin
Apa itu Lecithin Shaklee?
Lecithin Shaklee merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ia adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak yang ada dalam darah, seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. And paling eksklusifnya, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya, bukan daripada haiwan or bahan sintetik ya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. SO THE BEST LECITHIN IS FROM SHAKLEE :)

Siapa yang boleh ambil Lecithin n? Lecithin diperlukan untuk orang yang nak kekalkan berat badan, yang ingin mengawal paras kolestrol dan juga sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi. Untuk mengelakkan susu daripada tersumbat, ibu menyusu boleh lah consume Lecithin. 

 
Jom tengok details produk seterusnya. 


3. Omega Guard
Apa pula omega ni? 
Supplemen minyak ikan atau fish oil bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat kita. Malah ianya adalah supplemen yang paling banyak diamalkan di seluruh dunia.

Apa yang istimewanya minyak ikan ini? Tentulah ianya kaya dengan nutrisi asid lemak omega 3.

Di Shaklee, Omega Guard adalah produk minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 yang baik diamalkan setiap hari. 

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?
Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. Wajib! Mengapa saya kata wajib? Sebab omega dapat melindungi jantung kita, serta dapat membakar lemak dengan pantas selepas kita makan rendang dan makanan berminyak di hari raya. 

Tak kenal maka tak cinta! Tapi orang kampung saya kata bila dah kenal jadi mcm ni, "I love you, not from the bottom of my heart, but from the core of my soul".

4. Phytocol -ST
Musim-musim perayaan ni bila dah makan daging rendang, lemang dan bermacam-macam lauk dah tentu kolestrol pun naik. Jadi untuk maintain kolestrol berada di tahap yang baik, jom la consume phytocol-st. Phytocol-st membantu menurunkan kolestrol secara semulajadi. 

Pengambilan 2000mg fitosterol sehari telah terbukti secara klinikal dimana dapat menurunkan LDL (kolestrol jahat) sebanyak 10%-15%

Testimoni Phytocol-ST
5. Alfalfa 
Produk terakhir yang Tcer suggest sila la ambil alfalfa ni. Pernah tak bila kita dah makan macam-macam perut berangin, kembung akibat tersilap makan atau terlebih makan. Ada orang tak boleh makan makanan berasas pulut banyak-banyak. Mula la perut berangin. 

 Bagi Tcer, solusi untuk perut berangin ni dengan consume alfalfa. Apa itu alfalfa? 
Alfalfa dikenali sebagai "Raja Segala Makanan" dan makanan terbaik, alfalfa secara semula jadi berkhasiat, menyediakan lebih daripada 300 nutrien 
dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral dan vitamin. 

Alfalfa membantu melegakan kembung dan gas yang berlebihan. Bagi Tcer sangat membantu tau legakan kembung perut tu dengan mengambil 10 biji sehari. Jangan risau, biji dia kecik saja. 

So, tunggu apa lagi. Jangan lupa dapatkan set supplemen perayaan dengan Tcer ok. Klik sini untuk dapatkan set HARI RAYA DENGAN SHAKLEE. Nak tanya apa-apa jangan malu jangan segan untuk PM Tcer. Nanti Tcer guide. 

Nak extra info klik sini tentang kisah HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments:

Post a Comment

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...