Thursday, April 20, 2023

INSENTIF TERBAIK DARI SHAKLEE

Assalamualaikum semua. 

Hai.... hari ni Tcer nak share tentang peluang yang awak dapat jika join Shaklee. Sebelum ni Tcer dah share tentang peluang BISNES ONLINE SHAKLEE. Tapi hari ni Tcer nak share apa yang awak boleh dapat melalui bisnes shaklee ni. 

Ramai yang tertanya-tanya apa yang saya akan dapat bila menjadi ahli Shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee. Dapat "cashback" semata ke?

Untuk pengetahuan semua, di dalam Shaklee banyak peluang yang boleh awak rebut selepas menjadi ahli Shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee. Awak perlu rebut peluang 3C ni tau. Sangat berbaloi. 

Apa 3C tu?

3C adalah singkatan Cash Bonus, Car Bonus dan Convention (percutian percuma bersama Shaklee)

Jom baca selanjutnya untuk tau apa 3C ni.

1. Cash Bonus

Cash bonus ada 2 jenis iaitu secara bulanan dan untung runcit. Cash bonus ini layak untuk semua ahli Shaklee yang mempunyai ID sah Shaklee. 

  1. Bonus bulanan - bergantung kepada jualan dan berapa besar team awak. Lagi besar jualan, lagi besar bonus yang boleh awak dapat. Biasanya akan dapat pada setiap 14hb setiap bulan. 
  2. Untung runcit - apabila awak jual vitamin dengan harga retail, awak akan dapat untung runcit secara terus. On the spot dapat masuk ke akaun. Syok kan?
Jika nak jadi pengguna Shaklee sahaja pun takpe. Awak tetap dapat juga diskaun sehingga 20% bagi setiap barang ni tau. Yang penting join ahli sah Shaklee. 

Jok kita kira-kira untung runcit bagi setiap barang.

Jika berminat nak jana income bersama Shaklee, peluang untuk awak capai bonus juga tiada had langsung atau infiniti. Dulu Tcer pun tak percaya sehingga Tcer sendiri lihat bonus Master-Master Coordinator yang pernah mendapat bonus shaklee hingga puluhan ribu ringgit untuk sebulan.
Bukti dah ada di depan mata, hanya perlu komited, yakin, semangat diperlukan untuk sama-sama besarkan team kita. 

Selain daripada itu, apabila sudah menjadi leader, awak juga layak terima extra bonus tau atau kita panggil sebagai leadership bonus. Tugas leader untuk membimbing downline supaya sama-sama berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Kami akan duplicate anda supaya turut berjaya seperti kami. Tcer bersyukur team Tcer banyak beri sokongan antara satu sama lain walaupun hanya kenal di alam maya sahaja. Saling beri idea, pandangan dan beri semangat jika kita down. Aih...tak sempat down dah semangat semula. 
2. Car Bonus
C kedua yang kita perlu kejar dalam Shaklee ialah Car Bonus. Shaklee menyediakan peluang kepada semua pengedarnya yang berada dalam rank Supervisor dan ke atas untuk menyertai program subsidi kereta.

Dalam program ini pengedar perlu memenuhi pra syarat jumlah unit value atau UV yang ditetapkan oleh Shaklee untuk mendapatkan bonus dalam bentuk wang tunai yang boleh digunakan untuk membayar kereta bulanan.

Nama sahaja car bonus tetapi Shaklee akan beri dalam bentuk cash. Selain daripada membeli kereta kita boleh guna duit ini untuk melancong, beli rumah dan sebagainya. Nak travel pun boleh. 

Dibawah ini adalah contoh SID yang berjaya rebut Car Bonus dan membeli kereta. Doakan Tcer berjaya rebut peluang "C" yang ini. 
3. Convention (Percutian atau Trip Mewah Dengan Shaklee)

Ganjaran C yang terakhir adalah convention. Dalam program ini Shaklee menawarkan peluang yang best untuk menyertai trip percutian dan pelancongan secara percuma ke pelbagai destinasi hebat dan menarik di seluruh dunia.

Trip ni pun ada 2 jenis iaitu Internasional dan Regional. Regional tu bermaksud area ASEAN atau ASIA.


Untuk tahun 2023 Shaklee menawarkan trip International ke USA, manakala trip regional menaiki ke Seoul Korea. Best weh, siapa kata bisnes dari rumah harus terperuk di rumah sahaja? Kita pergi international tau! Seronok. 

EXTRA INSENTIF UNTUK CYCLE 2023

Baru-baru ini sahaja, HQ berbesar hati untuk memberi extra insentif  RM600 pada yang layak dan berjaya sahut cabaran challenge daripada pihak HQ ini. 

Program ini berlangsung bulan April 2023 hingga bulan Jun 2023. 


Patutlah ramai orang yang bersungguh-sungguh buat bisnes Shaklee ni. Awak juga boleh berjaya seperti kami. Jom join team Tcer. Kita sama-sama berjaya. Bak kata pepatah, "nak seribu daya". Orang yang berusaha pasti dapat hasilnya. 

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama Tcer di group AMG Jutawan!

So, tunggu apa lagi. Jom buat duit dengan Shaklee dengan team Tcer. Sambil sebarkan manfaat sambil menjaga kesihatan, kita buat side income yang paling mudah. Klik sini untuk pertanyaan lebih lanjut dengan Tcer tentang INSENTIF SHAKLEENak tanya apa-apa jangan malu jangan segan untuk PM Tcer. Nanti Tcer guide. 

Nak extra info klik sini tentang INSENTIF SHAKLEE

Terima kasih korang yang sudi baca. Moga dapat memberi sedikit info dan bermanfaat buat semua. Till next entry!

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeManjung




No comments:

Post a Comment

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...