Monday, April 10, 2023

6 SEBAB KENAPA SAYA MEMILIH BISNES ONLINE SHAKLEE

Assalamualaikum wbt..

Hai semua. Bertemu kembali. Hari ni Tcer nak share kenapa Tcer pilih bisnes Shaklee sebagai sumber pendapatan kedua Tcer. 

Sebelum tu korang faham tak apa itu bisnes online? Kebiasaanya, bisnes online ialah bisnes di atas talian. Platform yang kita guna seperti Facebook, Whatsapp, TikTok, Instagram, Shopee, Lazada dan lain-lain lagi. Pada zaman yang serba moden ni, bisnes online menjadi pilihan orang ramai untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. 

Macam mana Tcer terjebak dengan bisnes online ni? Walaupun dah lama Tcer consume supplemen Shaklee ni sejak dari 2014, tapi Tcer tak terfikir nak jadikan Shaklee ni sebagai bisnes. Consume hanya untuk tambah susu masa lahirkan Ammar Qayyim, anak pertama Tcer. Makan pun tak konsisten. Hihi. 

Kemudian kita PKP 2020. Penghujung PKP 2021 ayah tersayang jatuh sakit hingga pergi ke negeri abadi. Terlalu cepat peristiwa tu berlaku. Masa ayah sakit ni, Tcer tak teringat langsung nak bagi dia Vivix atau supplemen Shaklee yang lain. Asbab lupa kan.... kami redha. (Doakan Al-fatihah buat ayahanda kami ya,Allahyarham Sarion bin Husin)

Ini la turning point Tcer nak berbisnes Shaklee sambil jaga kesihatan. Sejak ayah takda ni, Tcer sangat-sangat pentingkan jaga kesihatan bukan je keluarga kecil kami tapi untuk mama, ibu dan ayah mertua.  Setiap bulan ada saja peruntukan khas untuk belikan supplemen diorang ni. Tcer ikat perut sikit takpe la. Asalkan kami semua sihat. 

Back to our story, kenapa Tcer pilih Shaklee sebagai bisnes ialah:

1. Produk Yang Diyakini Diperingkat Antarabangsa.

Shaklee satu-satunya company yang ada Landmark Study. Terbukti berkesan, selamat dan mesra alam. Anda sendiri boleh lihat di website Shaklee sendiri . 


Shaklee sendiri telah membuat saringan ujian terhadap lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan kekotoran pada setiap ramuan botani untuk menghasilkan produk shaklee. SEMUA BAHAN DALAM SATU PRODUK SHAKLEE DIUJI DARI 350 BAHAN BAHAYA! Maksudnya, kalau ada 10 bahan dalam satu produk shaklee tu, maka shaklee akan buat 350 ujian bahan berbahaya untuk setiap satu bahan tu. Bermakna 350 ujian x 10 bahan = 3,500 ujian! So wow.

Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap setahun. Sebut ulang ni, SETIAP TAHUN 100 RIBU UJIAN KUALITI tau! Bukannya buat ujian satu kali jer terus boleh jual produk. 100 ribu ujian kualiti setiap tahun ni untuk memastikan produk Shaklee betul-betul selamat untuk diambil oleh kita sebagai pengguna Shaklee. Besar kos nak buat setiap satu ujian klinikal ni, inikan pulak 100 ribu ujian klinikal, SETIAP TAHUN pulak tu! Bukan kaleng-kaleng produk Shaklee ni!


2. Syarikat Yang Kukuh

Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. 


Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik. Upline yang dah pergi HQ Shaklee di Amerika selalu bercerita tentang Dr Forrest sangat mementingkan penjagaan alam sekitar sehingga kebanyakan alat kelengkapan di pejabat turut mengunakan produk kitar semula. 


3. Sistem Yang Adil dan Tidak Menindas

Sistem Shaklee sangat adil tau walaupun ianya MLM. Selalu kita dengar MLM ni jahat kan. Upline akan dapat untung semata tetapi orang bawah bekerja keras nak dapatkan jualan. Tapi Shaklee berbeza. Anda buat anda dapat.

Walaupun secara dasarnya Shaklee mengamalkan MLM tetapi insentif yang upline dapat bukanlah percuma semata. Ini kerana upline wajib mengajar dan membimbing downline untuk buat sales. Kesian kalau downline ditinggalkan sendirian kan? Tapi bawah Tcer..kami tak akan tinggalkan downline tau. Banyak aktiviti yang kami jalankan bersama-sama. Circle kumpulan kami sangat positif. 

Kalau anda nak tau, downline pun boleh potong upline dari segi income. Jom tengok jadual dibawah. Kalau anda nak bonus besar, kejar point UV supaya bonus juga banyak. Nak seribu daya 😍
Dalam Bisnes Shaklee ini tiada istilah upline boleh goyang kaki sahaja dan mengharapkan downline yang buat kerja sahaja. Sangat adil bukan? 😉 Sebab tu Tcer suka dengan sistem Shaklee ni. 

4. Kelas Produk Yang Menyeronokkan

Setiap minggu ada saja kelas produk atau kelas marketing skill dari leader upline. Kelas-kelas ni sangat menyeronokkan. Jadi setiap masa kita sebagai SID ada peluang nak tambah ilmu serta skill kepimpinan kita. Antara mahu atau tak sahaja. Pihak HQ juga kerap buat kelas produk di channel FB mereka. Bagi Tcer yang takda background nutrisi ni, sangat penting untuk join setiap kelas produk ni. Tujuannya supaya kita yakin dengan produk dan boleh manfaatkan ilmu yang dapat kepada orang lain. 

Yang membuatkan Tcer rasa seronok ialah walaupun kami bukan dari team kumpulan yang berlainan, tetapi mereka ahli team lain memberi sokongan antara satu sama lain. Berkongsi ilmu supaya sama-sama maju ke hadapan. 

5. Circle Shaklee Yang Menyentuh Hati

Sejak join bisnes Shaklee ni, Tcer rasa seronok sangat. Mana taknya. Selalu dapat support dari upline-upline. Walaupun upline dari berlainan team. Dengan kelas produk, kelas marketing, tazkirah selawat Subuh, pemberian reward dan bermacam-macam lagi la. MasyaAllah, Tcer rasa disayangi dan tak rasa kesunyian buat bisnes. Walaupun upline atas Tcer dah tak aktif, Tcer dapat banyak bimbingan dari upline-upline yang lain. 

 Ni salah satu kelas yang diadakan oleh Master-master Coordinator untuk kami.

6. Tak Perlu Simpan Stok. Mudah Diuruskan. 

Part paling Tcer suka. Bisnes sebelum ni Tcer perlu simpan stok yang banyak di rumah. Tapi sejak join bisnes online Shaklee ni Tcer tak simpan ready stok banyak-banyak. Ada order baru Tcer order dari online dan penghantaran terus ke rumah pelanggan. Tugas kita hanya mengiklankan, share manfaat dan ambil order sahaja. Yang lain HQ akan uruskan. Seronok kan? Tak perlu risau tentang stok bertimbun dan sebagainya. 

Oh ya. Untuk join ahli anda perlu bayar RM35 tetapi anda juga boleh dapat percuma tau. Caranya dengan beli set promosi yang disertakan dengan FREE MEMBERSHIP. Contoh promosi bulan ni iaitu Set Rahmah RM99 turut disertakan dengan Free Membership . MasyaAllah best sangat. 

Nak join BISNES ONLINE Shaklee bersama Tcer boleh whatsapp Tcer di LINK NI

Untuk info lain tentang bisnes online boleh klik sini BISNES ONLINE

Okey. itu saja coretan hari ini. Stay tune untuk next topik. Topik apa yang Tcer nak ulaskan tu. 

Jumpa lagi.

Your trusted Shaklee Health Advisor ❤️
ID 1116677
Ain Sarion
Facebook : Shaklee Manjung
Instagram : Shaklee Manjung

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


No comments:

Post a Comment

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...