Sunday, August 6, 2023

Kelebihan dan Kebaikan Vitamin E Complex Shaklee

Kelebihan dan Kebaikan Vitamin E Complex Shaklee

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share tentang kebaikan manfaat Vitamin E. Sebelum ni ramai yang ambil enteng tentang Vitamin E kan? Malah tak tahu apa fungsi dan kebaikannya. Jom Tcer share serba sedikit tentang Vitamin E. 

Apa itu Vitamin E?

Vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Ia adalah nutrien yang penting dan membantu memberikan kulit, mata dan otak yang baik, malahan, ia juga penting untuk penglihatan dan sistem pembiakan. Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan oleh fungsi tubuh. 
  • Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut-lemak. 
  • Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. 
  • Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi. 
  • Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.

Fungsi Vitamin E Dalam Tubuh

Vitamin E bersifat antioksidan. Ini bermakna ia melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan bahan yang dipanggil radikal bebas, yang berbahaya untuk sel, tisu dan organ – mempunyai kaitan dengan penuaan.

Tubuh memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah.

Sel dalam tubuh menggunakan vitamin E untuk berhubung antara satu sama lain dan menjalankan pelbagai fungsi penting.

Anda mungkin mendapat cukup kandungan vitamin E setiap hari. Namun, jika tubuh anda kekurangan vitamin ini ia mungkin mendatangkan masalah yang serius. Tubuh memerlukan lemak untuk menyerap vitamin ini, jadi bagi individu yang mempunyai masalah pencernaan mungkin tidak mendapat apa yang diperlukan. Ia sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada sistem imun dan saraf serta mata.

Kenapa vitamin E perlu diambil?

Walaupun ia jarang berlaku, manfaat vitamin E hanya diperlukan oleh individu yang berdepan dengan masalah kekurangan vitamin E. individu seperti ini cenderung mempunyai masalah kesihatan berkaitan pencernaan dan fibrosis sista. Mereka yang mengamalkan diet rendah lemak juga berisiko mempunyai masalah kekurangan tahap vitamin E.

Boleh vitamin E diperolehi sumber makanan semula jadi?

Kebanyakan individu memperolehi sumber vitamin E yang mencukupi dari makanan. Sumber makanan yang mengandungi vitamin E adalah:

  • Minyak sayuran
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam
  • Bijirin
  • Telur
  • Kekacang
  • Tomato
  • Brokoli
  • Mangga
  • Kiwi
  • Daging
  • Ayam
Sumber Makanan yang mengandungi Vitamin E
Tips Memilih Supplement Vitamin E yang Terbaik

Sebelum memilih suplemen vitamin E, mari kita rujuk garis panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik dari hasil penulisan Dr Bruce Miller : 

  1. Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan).
  2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
  3. Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.

Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? 

Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh badan). 

Keistimewaan Vitamin E Complex Shaklee

1 Kapsul Vita-E Complex mengandungi 

  • 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. 
  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. 
  • 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.
10 Manfaat Vitamin E Shaklee
  1. Membantu mengurangkan kesan "inflammation" 
  2. Membantu mengurangkan risiko penyakit Parkinson. 
  3. Membantu luka cepat sembuh. 
  4. Membantu mengurangkan risiko kulit "sunburn". 
  5. Membantu meningkatkan fungsi kesihatan mata. 
  6. Membantu kanak-kanak yang ada masalah beta-thalassemia dan vitamin E deficiency. 
  7. Membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit.
  8. Membantu meningkatkan fungsi sistem saraf 
  9. Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang. 
  10. Membantu merawat luka kecil di dalam tulang dan otak bayi pramatang. 
Testimoni Vitamin E Shaklee 
Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang Vitamin E? Kisah Vitamin E bersama Master Laila  di sini. 

Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee atau nak dapatkan harga promo Vitamin E bulan ni? Jom PM Tcer disini. Nak order Vitamin E .Promo tamat hingga 31 Ogos 2023 ya. Jom grab sementara ada peluang ni. 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


No comments:

Post a Comment

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...