Sunday, July 9, 2023

BEZA VIVIX DAN RESV

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni Tcer nak cerita tentang apa perbezaan antara Vivix dengan ResV ni. Bahan yang sama tapi tau ke awak apa perbezaannya? 


Jom Tcer cerita apa perbezaan antara Vivix dan ResV ni.

 

VIVIX   
  • Energy for Life (Tenaga Untuk Kehidupan)
  • 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal
  • Memiliki 3 patent: Gabungan Polifenol, Diproses Secara Cold Filling Extraction, dan Semulajadi, Tanpa Pengawet dan Cecair yang stabil.
  • Dibuat daripada 4 ramuan
  • Digunakan untuk meningkatkan kesihatan
  • Dalam bentuk cecair
  • Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 12 bulan.
  • Sangat stabil kerana telah berada dipasaran selama lebih 10 tahun.
RESV
  • Live Vibrantly
  • 30% lebih berkuasa berbanding Vivix
  • Memiliki 6 patent: 3 patent Vivix ditambah dengan 3 patent baharu
  • Dibuat daripada 7 ramuan hebat
  • Digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan
  • Dibuat dalam bentuk liquigel
  • Mudah dibawa ke mana-mana terutama travel
  • Tak perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 24 bulan
  • Didaftarkan secara rasmi di Malaysia dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Kontemporar
 PERSAMAAN VIVIX dan ResV

1. Menyokong Kesihatan Dari Tahap Selular
Resveratrol dalam kedua-dua Vivix dan ResV boleh melindungi dan membaiki DNA selular dari berlakunya kerosakan. Ia akan membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.

Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:
  • Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
  • Mutasi sel yang abnormal
  • Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.
  • DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis.
Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang untuk gagal, kecuali ada sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki lembar DNA daripada serangan ini.

Selain itu, penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal seliaan genetik. Pengawal seliaan genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk sama ada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati.

Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Justeru meningkatkan fungsi pengawal seliaan genetik ini dapat merangsang kelangsungan hidup.

Dalam hal ini, Vivix dan ResV Shaklee dengan bantuan kuasa resveratrol dan polifenol dapat membantu:
  • Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
  • Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular (perlindungan sel)
  • Memperbaiki tenaga sel pada tahap selular (mitokondria)
  • Meningkatkan fungsi selular
2. Mengandungi Khasiat Polifenol
Sudah tentulah kedua-duanya mengandungi khasiat polifenol.

Vivix yang mengandungi 10 (atau lebih) khasiat polifenol. Disebabkan ianya adalah gabungan polifenol, maka sebab itu Vivix adalah 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Dan bagaimana dengan ResV? ResV tentulah mengandungi lebih banyak bilangan polifenol berbanding Vivix. 

3. Dihasilkan Secara Saintifik
Kesemua produk Shaklee merupakan hasil kajian secara saintifik dengan kajian yang bertahun-tahun oleh para saintis Shaklee.

❤️Nutriferon dihasilkan selepas kajian selama 45 tahun
❤️Youth pula dihasilkan selepas kajian selama 8 tahun
❤️Vivix dihasilkan selepas kajian selama 6 tahun
❤️ResV pula dihasilkan adalah pembaharuan daripada Vivix

Itulah Shaklee. Kalau tak saintifik, bukanlah Shaklee namanya.

Semua hasil kajian sains di Shaklee adalah diterajui oleh ahli sains bertaraf dunia. Semua hasil kajian sains di Shaklee adalah diterajui oleh ahli sains bertaraf dunia.

4. Unik Dan Ekslusif
Vivix dan ResV tidak boleh didapati di tempat lain selain pengedar sah Shaklee. Memang ianya sukar ditandingi. Kalau vitamin C, anda bolehlah kata boleh dapat daripada brand lain. Tapi kalau anda nakkan khasiat polifenol, anda takkan dapat daripada jenama lain.

Ini disebabkan Shaklee telah mempatenkan teknologi pembuatan Vivix daripada awal.

Syarikat lain menyediakan khasiat resveratrol tunggal sedangkan Vivix dan ResV adalah gabungan polifenol dan resveratrol yang tiada tandingan, insyaAllah. Vivix ekslusif dan unik.

5. Mesra Alam
Berbakti pada tanah, akan mendapat pulangan yang berlipat ganda. Mesra Alam adalah keistimewaan Shaklee. Shaklee mempunyai 3 keistimewaan iaitu Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Supplement Shaklee semua diperbuat dari alam semulajadi. Bahan- bahan diambil dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak mempunyai bahan toksik. Contoh bahan ialah ekstrak Jagung untuk Vitamin C, Beri untuk VitaLea, Ikan dasar laut untuk Collagen dan OmegaGuard.

Sentiasa Mesra Alam motto ialah Kami menjadi peneraju dan contoh dalam pemuliharaan alam sekitar. Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral dimana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Kami benar-benar bersungguh- sunguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi kita.
 
Dua produk ni dah lebih 10 tahun di pasaran tau. Jadi jangan rasa ragu-ragu atau was-was nak guna. Jom consume supplemen yang berkualiti dari kami. 

Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang ResV-vix? Jom klik baca penerangan daripada Master N tentang ResV-vix di sini. 

Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee?  Jom PM Tcer Ain disini

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


No comments:

Post a Comment

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...