Monday, April 10, 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

TIPS KURUS DENGAN CEPAT
Assalamualaikum.

Hai.... hari ni Tcer nak share tentang tips nak kurus dengan cepat. Best tak topik ni? Semestinya best. Semua orang nak kurus kan? Lagi-lagi insan bernama perempuan ni. Dah kurus pun nak kurus lagi. Tapi biarlah kurus yang sihat. Betul tak? Kalau kita perasan sejak akhir-akhir ni dah ramai yang amalkan gaya hidup sihat. Satu fenomena yang sangat baik.


Tcer pun pernah mengalami situasi yang sama. Berat naik mendadak sejak pindah ikut suami bertugas di negeri Perak. Masa ni la mula cari solusi nak turunkan berat badan. Tapi Tcer nak kurus dengan cara yang sihat. 

Jom kita tengok satu persatu tips ni. Mungkin membantu anda yang nak kurus dengan cepat tetapi lebih sihat. 

1. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkn Protein
Salah satu cara untuk kuruskan badan dengan cepat adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohodrat untuk beberapa hari.

Kajian juga telah membuktikan bahawa mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah cara terbaik untuk seseorang menurunkan berat badan. Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam badan dan mengatasi masalah perut kembung. 

Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut. Dengan memastikan sumber protein yang diperoleh mencukupi, selera makan dapat dikurangkan dan tahap metabolism juga dapat ditingkatkan. 

Dalam Shaklee sendiri kita ada protein soya yang sangat berkhasiat malah mengenyangkan. Paling asas sekali anda boleh mengambil ESP. Jika ada bajet lebih boleh la ambil Cinch dan Life Shake untuk penurunan yang lebih berkesan. Yang penting meal replacement Shaklee ni sangat sedap. 


2. Elakkan Makanan Ringan Yang Diproses 

Tidak dapat disangkal lagi perkara utama yang perlu kita elakkan untuk mengurangkan lemak badan adalah dengan menghentikan pengambilan makanan ringan.

Segala makanan ringan yang diproses seperti snek, fast food dan makanan di dalam tin haruslah dielakkan serta merta. Jika anda sudah biasa dengan makanan ringan ketika minum petang atau supper, cuba gantikannya dengan sayur-sayuran rendah karbohidrat atau pun telur sebagai sumber protein tanpa lemak.

Pengambilan protein tanpa lemak dan sayur-sayuran rendah karbohidrat juga boleh mengenyangkan anda walaupun kalori yang diambil adalah tidak banyak. Inilah baru dikatakan makanan sebenar. Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan fast food. 

Anda boleh mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan, selain sayur-sayuran yang rendah kandungan karbohidrat. Jenis makanan seperti ini sangat mengenyangkan dan tidak mengandungi kandungan kalori yang tinggi. 

Jom tukar cara pemakanan kita untuk lebih sihat.

3. Minum Air Kosong Secukupnya

Betul ke minum air kosong adalah salah satu tips kuruskan badan yang paling berkesan?

Ya. Benar. Kajian mendapati bahawa dengan minum air kosong anda dapat meningkatkan metabolisma badan sebanyak 24-30% dalam jangka masa 1 ke 1.5 jam. Apabila metabolisma meningkat, ia dapat membantu tubuh untuk membakar lebih banyak kalori.

Terdapat satu lagi kajian yang menunjukkan bahawa dengan meminum air setengah liter kira-kira setengah jam sebelum makan boleh membantu anda untuk mengurangkan selera makan seterusnya membantu mengurangkan pegambilan kalori dan menurunkan berat badan sebanyak 44%, berbanding mereka yang tidak minum air.

Selain itu, antara cara yang paling mudah untuk kurus dengan cepat adalah dengan terus menghentikan pengambilan minuman manis. Anda hanya perlu minum air kosong ketika waktu makan.

Jika anda berjaya amalkan minum air kosong, kami pasti anda mampu untuk kurus dalam masa yang singkat. Kalau mahu tahu keberkesanannya, apa kata anda cuba dahulu selama seminggu dan lihat bagaimana hasilnya.


4. Jom Buat Intermittent Fasting (IF)

Salah satu diet yang paling popular ialah IF(Intermittent Fasting). IF paling popular ialah 16:8. Ini bermaksud fasa puasa anda selama 16jam dan 8 jam untuk makan.  Untuk permulaan anda juga boleh buat 12:12. 
Apabila menggunakan kaedah ini, ia secara tidak langsung akan memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian.

Dalam team Tcer kami selalu mengadakan JomDetox IF. Bagi Tcer ni salah satu faktor juga Tcer bersemangat nak kurus. Dalam program ini kami dibimbing setiap hari dalam tempoh 14hari. Tcer sendiri pernah turun 7kg dalam program detox ini.

Ini antara testimoni program detoxIF kami
Untuk info details tentang program ini boleh KLIK SINI

5. Ambil Supplemen yang Diyakini Selamat

Ambil supplemen yang diyakini selamat seperti supplemen Shaklee. Supplemen ini hanya membantu sahaja. Yang penting kita sendiri berdisiplin untuk makan supplemen tersebut. Tanpa usaha yang gigih, hanya la sia-sia. 

6. Lakukan Senaman 

Selain jaga pemakanan anda juga perlu bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Di media sosial banyak video senaman yang sesuai boleh dilakukan. Bagi Tcer apa yang penting, kita perlulah konsisten dan cekal hati jika mahu kurus dengan sihat. 


Ini sahaja coretan pada kali ini. Stay tune untuk next topik. More info tentang topik TIPS KURUS DENGAN CEPAT 

Jumpa lagi.

Your trusted Shaklee Health Advisor ❤️
ID 1116677
Ain Sarion
Facebook : Shaklee Manjung
Instagram : Shaklee Manjung

#ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut #NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 # ShakleeTriumph2023


No comments:

Post a Comment