Kajian juga telah membuktikan bahawa mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah cara terbaik untuk seseorang menurunkan berat badan. Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam badan dan mengatasi masalah perut kembung.
Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut. Dengan memastikan sumber protein yang diperoleh mencukupi, selera makan dapat dikurangkan dan tahap metabolism juga dapat ditingkatkan.
Dalam Shaklee sendiri kita ada protein soya yang sangat berkhasiat malah mengenyangkan. Paling asas sekali anda boleh mengambil ESP. Jika ada bajet lebih boleh la ambil Cinch dan Life Shake untuk penurunan yang lebih berkesan. Yang penting meal replacement Shaklee ni sangat sedap.
Segala makanan ringan yang diproses seperti snek, fast food dan makanan di dalam tin haruslah dielakkan serta merta. Jika anda sudah biasa dengan makanan ringan ketika minum petang atau supper, cuba gantikannya dengan sayur-sayuran rendah karbohidrat atau pun telur sebagai sumber protein tanpa lemak.
Pengambilan protein tanpa lemak dan sayur-sayuran rendah karbohidrat juga boleh mengenyangkan anda walaupun kalori yang diambil adalah tidak banyak. Inilah baru dikatakan makanan sebenar. Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan fast food.
Anda boleh mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan, selain sayur-sayuran yang rendah kandungan karbohidrat. Jenis makanan seperti ini sangat mengenyangkan dan tidak mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Jom tukar cara pemakanan kita untuk lebih sihat.
Ya. Benar. Kajian mendapati bahawa dengan minum air kosong anda dapat meningkatkan metabolisma badan sebanyak 24-30% dalam jangka masa 1 ke 1.5 jam. Apabila metabolisma meningkat, ia dapat membantu tubuh untuk membakar lebih banyak kalori.
Terdapat satu lagi kajian yang menunjukkan bahawa dengan meminum air setengah liter kira-kira setengah jam sebelum makan boleh membantu anda untuk mengurangkan selera makan seterusnya membantu mengurangkan pegambilan kalori dan menurunkan berat badan sebanyak 44%, berbanding mereka yang tidak minum air.
Selain itu, antara cara yang paling mudah untuk kurus dengan cepat adalah dengan terus menghentikan pengambilan minuman manis. Anda hanya perlu minum air kosong ketika waktu makan.
Jika anda berjaya amalkan minum air kosong, kami pasti anda mampu untuk kurus dalam masa yang singkat. Kalau mahu tahu keberkesanannya, apa kata anda cuba dahulu selama seminggu dan lihat bagaimana hasilnya.
#ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut #NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 # ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment