Set Cantik Basic Shaklee | Fungsi, Keistimewaan, Cara Makan, Testimoni
Assalamualaikum wbt..
Hai semua. Bertemu kembali. Topik yang hari ni Tcer Ain nak share ialah set cantik basic Shaklee.
Disebabkan bulan ni pihak HQ buat promo Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah iaitu set yang mengandungi ESP dan Vitamin C ini, so Tcer Ain nak share details tentang set ni ok.
Ramai yang tanya, ada tak kombinasi set cantik Shaklee? Semestinya ada .Vitamin C dan ESP kegemaran ramai. Set ini sesuai juga untuk pengguna yang ada masalah resdung, masalah nak kurangkan berat badan, masalah kulit. Tapi hari ni Tcer Ain nak cerita lebih kepada set cantik. Siapa saja tak suka cantik kan? Tcer pun suka nak cantik secara semulajadi ni.
Set cantik ini adalah set untuk meningkatkan keserian wajah, membantu anda di luar sana untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan awet muda.
Kebanyakan remaja di luar sana mengalami masalah kulit muka yang menyebabkan kehilangan keyakinan diri, antaranya masalah jerawat batu, jerawat berpasir, kulit kusam, kulit jeragat, kulit berminyak dan bermacam- macam masalah lagi yang dihadapi oleh mereka.
Jerawat merupakan masalah kulit yang sangat umum, terutama pada orang yang berusia 11–30 tahun. Bahkan, hampir setiap orang pernah mengalami jerawat.
Masalah kulit muka ini boleh menyebabkan anda stress, kurang berkeyakinan diri dan selalu memikirkan perkara yang negatif.
Oleh itu, Tcer Ain nak bantu remaja atau golongan yang menghadapi masalah seperti ini dengan Set Cantik Basic Harga Rahmah daripada Shaklee dengan harga mampu milik.
Ada dua produk yang boleh membantu anda mendapatkan keyakinan anda semula iaitu:
1. Energizing Soy Protein - ESP (850 gram)
Fungsi ESP dalam set cantik Shaklee ini membantu membekalkan protein yang sihat bagi memberi kesan yang luar biasa pada kulit. Fungsi ESP pada kulit ialah:
• Membantu membekalkan air dalam sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan kulit yang optimum.
• Mencerahkan pigmentasi kulit untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.
• Membantu menghilangkan parut jerawat dan mengembalikan struktur kulit dengan lebih cantik.
• Membina asas kulit akibat daripada parut
dalam dan menghaluskan kulit.
• Menggalakkan kulit licin berseri dan kulit sentiasa kelihatan awet muda.
ESP ini mudah diminum pada bila- bila masa sahaja tau. Lebih sedap jika minum dengan fresh milk. So yummy.. Tetapi jika anda ada niat nak kurangkan berat badan, kita minum dengan air sejuk kosong saja tau. Ini pun nikmat dia MasyaAllah. Sedap!
2. Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C 180biji)
Sustain release Vita C atau lebih dikenali dengan vitamin C sinonim dengan kecantikan kulit dan meningkatkan imun sistem.
Satu tablet mengandungi 500mg vitamin C yang mampu membekalkan vitamin C sepanjang 5 jam secara berperingkat. Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit.
Fungsi Vitamin C untuk kulit cantik ialah:
• Membantu merangsang penghasilan kolagen untuk mencantikkan kulit.
• Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
• Membantu mengatasi masalah jerawat.
• Bertindak sebagai anti radang untuk jerawat yang teruk.
• Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
• Membantu merawat masalah kulit akibat kerosakan dari sinaran UV
Keistimewaan Set Cantik Shaklee
Dengan set basic Shaklee ini dapat membantu anda lebih yakin dengan diri sendiri. Dapat kembalikan keserian wajah serta mendapatkan kulit yang sekata dan cantik. No more kusam 😍
InsyaAllah terbukti berkesan. Yang penting produk ini organik dan halal. Harganya juga berpatutan. Lebih- lebih lagi bulan ni customer boleh beli dengan harga mampu milik iaitu RM99 sahaja berbanding RM231. Anda jimat RM132. Berbaloinya grab bulan April ni.
Siapa yang Perlukan Set Shaklee ini?
❤️ Anda yang berumur 15 tahun ke atas.
❤️ Orang yang inginkan kulit yang cantik. No more kulit kusam lagi.
❤️ Orang yang mempunyai masalah jerawat.
❤️ Sesuai untuk perempuan mahupun lelaki.
❤️ Set ini sesuai juga untuk pengguna yang ada masalah resdung, masalah nak kurangkan berat badan, dan masalah kulit.
Cara Makan Set Basic Shaklee
Energizing Soy Protein - ESP (850 gram)
Untuk yang baru nak try, bancuh menggunakan air sejuk atau air biasa. Jangan air panas. 300ml air + 2 scoop ESP. Goncang-goncang. Sedia untuk diminum. Nak lebih fancy blend dengan buah-buahan pun ok.
Nak rasa lebih nikmat, blend dengan freshmilk. Lebih yummy gitu. Tapi kalau korang berhajat nak slim sekali tak digalakkan minum dengan freshmilk. Air sejuk pun dah nikmat.
Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C 180biji)
2 biji selepas sarapan pagi atau sblm tidur waktu malam.
Jika anda demam, boleh up dose vitamin C ni tau untuk cepat sembuh.
Testimoni Set Cantik
Jom kita layan testimoni Set Cantik Basic ni.
Bagi Tcer lebih suka kulit sihat semulajadi daripada pakai mekap tebal- tebal. Nak cantik mudah. Konsisten amalkan dua produk ni je pun dah nampak kesannya.
Tcer sendiri dah makan secara konsisten dari tahun 2021. Seronok sangat bila tengok hasilnya sampai suami pun tegur nampak perbezaan dari segi kelembutan kulit tu. Lebih moist katanya. Tcer tak suka pakai mekap tebal- tebal. Cukup sekadar basic skincare sahaja.
Kalau anda nak kulit cantik harga Rahmah ni boleh whatsapp dan hubungi Tcer Ain ya. Nak tanya-tanya dulu pun boleh. Boleh COD sekitar Seri Manjung, Lumut dan Setiawan.
SET PROMO APRIL 2023
Bagi Tcer rugi kalau korang tak grab harga promosi ni tau. Hanya RM99 sahaja. Jimat sehingga RM132. Beli combo lagi jimat berganda siap ada less lagi RM10. Percuma postage dan membership.
Apa tunggu lagi, berminat cepat-cepat whatsapp Tcer Ain. Klik sini ya Saya Nak Cantik Juga
Nak order sendiri di website pun boleh tau. Klik Sini
Untuk info lain korang boleh baca. Vitamin Kulit
Your trusted Shaklee Health Advisor
ID 1116677
Ain Sarion
Facebook : Shaklee Manjung
Instagram : Shaklee Manjung
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeManjung
#TrustedAgentShaklee
#JutawanBlogger
No comments:
Post a Comment