Sunday, June 18, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hai 🙋 Bertemu kembali. Hari ni Tcer nak share tentang "Amalan Gaya Hidup Sihat"

Seperti yang kita ketahui, Kementerian Kesihatan Malaysia selalu menguar-uarkan tentang amalan gaya hidup sihat ini. Pernah dengar tak? Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti akibat cara pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat. 

Kenapa kita perlu menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat?
Ini kerana amalan gaya hidup sihat mampu mencegah daripada terkena penyakit berbahaya seperti serangan sakit jantung, strok, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi. 
Antara yang disarankan oleh pihak kerajaan kita mestilah:

1. Melakukan senaman 
Kita digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 30min setiap hari. Senaman ni boleh dilakukan outdoor atau indoor. Kalau hari bekerja Tcer suka berlari diatas tredmill. Tcer beli yang murah-murah je. Atleast Tcer keluarkan peluh dan feel lepas joging ni rasa ringan badan. Jika hari minggu Tcer suka ajak anak-anak dan suami jogging di taman sambil bermain dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya Tcer dapat merapatkan ikatan silaturrahim bersama ahli keluarga. 

Tcer juga rasa seronok join circle "Detox" . Sebab kawan-kawan Tcer suka share senaman ringkas yang Tcer boleh ikut jika tak dapat berlari diatas tredmill atau berjoging ditaman. Mereka juga selalu beri galakan dan inspirasi buat Tcer. Sibuk macam mana sekalipun, buat senam simple atleast 30 minit. Best kan? Nak join kami, jom PM Tcer. 

Lepas joging seround boleh main kat taman. 

2. Ambil Makanan Berkhasiat dan Seimbang. 
Kita disarankan untuk ambil makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan. Tahu tak piramid makanan tu apa? 

Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 Mesej Utama, di antaranya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong setiap hari.

Manakala pengambilan 6 hingga 8 gelas air kosong sehari dapat memastikan kesihatan dan fungsi tubuh yang baik.
Kedua-dua mesej utama ini penting terutamanya dalam menghadapi wabak.

Amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’.
You are what you eat. Kawal kuantiti makanan yang diambil setiap hari. Gunakan pinggan berukuran kira-kira 10 inci yang dibahagikan kepada tiga bahagian dengan konsep ‘suku-suku separuh’. Maksudnya suku pertama diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita. 

Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.

Separuh lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untutk membantu pelbagai fungsi penting tubuh. 

Manakala pengambilan air yang disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil dua gelas air tambahan bagi mengelakkan dehidrasi.


Cara mudah, ingat konsep suku suku separuh:

Suku karbohidrat (nasi, mi, mihun, kuey teow, pasta)
Suku protein (ayam, ikan, telur, daging, tempe, tauhu)
Separuh sayur & buah-buahan


3. Pilih Supplemen Yang Berkualiti
Pada zaman kini supplemen adalah keperluan, bukan kehendak kerana supplemen la yang mencukupkan zat dan nutrisi dalam diri kita. 
Untuk konsultasi supplemen boleh PM Tcer disini

Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang amalan gaya hidup sihat? Jom klik  Gaya Hidup Sihat di sini. 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


No comments:

Post a Comment

CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...