Sunday, July 9, 2023

TIPS BISNES ONLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ni Tcer nak share Tips Bisnes Online. Tcer bermula bisnes online ni dah lama. Dari zaman belajar di universiti. Bermula sekadar suka-suka untuk cari duit extra nak shopping. Tapi kini dah jadi tabiat pula. Rasa tak kena kalau tak menjual. 😅 

Tapi Tcer jadikan bisnes online ini sebagai pendapatan tambahan buat Tcer. Lagi- lagi zaman yang memerlukan semuanya duit. Nak masuk toilet pun duit. Kenaikan harga barang menjadikan Tcer lagi nekad untuk menjual dan sharing manfaat produk tersebut. Hanya yang betul-betul serasi dengan Tcer je Tcer jual bersungguh-sungguh. 

Satu lagi mindset Tcer, rugi sekiranya kita asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sepenuhnya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram bahkan di Whatsapp. Jadikan peluang yang ada ni sebaiknya. 


Tips Memulakan Bisnes Online

Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan bisnes online, Tcer nak berkongsi tips dengan anda bagaimana memulakan bisnes online dengan betul.

Berikut adalah antara 5 tips bagi memulakan bisnes online dengan mudah. Buat tindakan sekarang dan mulakan segera.

1. Kenal pasti produk yang ingin dijual

Pertama sekali, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual. Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak. Sebab tu Tcer tak berapa suka simpan stok banyak-banyak. Lebih suka ada order, Tcer terus order kat HQ. Macam produk Shaklee dan Mommyhappy. 

Anda juga perlu kerap mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk anda meningkat dan konsisten. Dah nama pun menjual, jangan malas nak promote. Sekarang mudah. Up je kat whatsapps status, stories Instagram dan Facebook. Baru la orang tau kita ni menjual. Kita pasakkan niat nak menjual ni nak bagi faedah dan manfaat juga buat orang lain.


Tak da stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk anda meningkat dan anda berjaya merendahkan risiko perniagaan anda. Tak da stok ditangan juga tak bermaksud anda tak boleh berjaya. Seronok kan bisnes macam ni? 

5. Belajar ilmu pemasaran.
Walaupun kita berniaga secara online, kita rasa ramai orang akan melihat apa yang ada jual tetapi, dengan lambakan bisnes online yang ada sekarang, perniagaan kita berkemungkinan tak dapat dilihat oleh orang lain.

Percayalah! Anda boleh mengukur keberkesanan posting anda di laman media sosial melalui berapa “Like” dan berapa “comment” yang anda dapat. Jika setakat 5 like dan asyik dari orang yang sama, nampaknya agak sukar untuk kita membuat jualan. Kita kalau boleh nak stranger juga berminat dengan produk jualan kita.

Sebab itulah kita perlu juga belajar sedikit ilmu pemasaran dengan mentor yang betul. Tiada usaha, tiada la hasil. 

Dapat sesuatu?

Seronok join bisnes online Shaklee. Buat sambil-sambil pun dah boleh dapat 4 angka. Kalau buat sungguh-sungguh tak mustahil boleh dapat hingga 5-6 angka. Yuran pendaftaran serendah RM35 je tau. Tapi kalau buat pembelian sekitar RM300 lebih atau 150uv dah layak untuk dapat FREE MEMBERSHIP.

Dulu Tcer join masa bayar pendaftaran RM65. Murah sangat dah sekarang. Jom join kami. 

Nak lebih tips tentang bisnes online? Jom klik Tips Mulakan Bisnes Online  di sini. 

Nak join menjual bisnes online Shaklee yang mudah ni? Jom PM Tcer Ain di Sini

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


BEZA VIVIX DAN RESV

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni Tcer nak cerita tentang apa perbezaan antara Vivix dengan ResV ni. Bahan yang sama tapi tau ke awak apa perbezaannya? 


Jom Tcer cerita apa perbezaan antara Vivix dan ResV ni.

 

VIVIX   
  • Energy for Life (Tenaga Untuk Kehidupan)
  • 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal
  • Memiliki 3 patent: Gabungan Polifenol, Diproses Secara Cold Filling Extraction, dan Semulajadi, Tanpa Pengawet dan Cecair yang stabil.
  • Dibuat daripada 4 ramuan
  • Digunakan untuk meningkatkan kesihatan
  • Dalam bentuk cecair
  • Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 12 bulan.
  • Sangat stabil kerana telah berada dipasaran selama lebih 10 tahun.
RESV
  • Live Vibrantly
  • 30% lebih berkuasa berbanding Vivix
  • Memiliki 6 patent: 3 patent Vivix ditambah dengan 3 patent baharu
  • Dibuat daripada 7 ramuan hebat
  • Digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan
  • Dibuat dalam bentuk liquigel
  • Mudah dibawa ke mana-mana terutama travel
  • Tak perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 24 bulan
  • Didaftarkan secara rasmi di Malaysia dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Kontemporar
 PERSAMAAN VIVIX dan ResV

1. Menyokong Kesihatan Dari Tahap Selular
Resveratrol dalam kedua-dua Vivix dan ResV boleh melindungi dan membaiki DNA selular dari berlakunya kerosakan. Ia akan membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.

Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:
  • Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
  • Mutasi sel yang abnormal
  • Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.
  • DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis.
Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang untuk gagal, kecuali ada sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki lembar DNA daripada serangan ini.

Selain itu, penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal seliaan genetik. Pengawal seliaan genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk sama ada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati.

Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Justeru meningkatkan fungsi pengawal seliaan genetik ini dapat merangsang kelangsungan hidup.

Dalam hal ini, Vivix dan ResV Shaklee dengan bantuan kuasa resveratrol dan polifenol dapat membantu:
  • Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
  • Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular (perlindungan sel)
  • Memperbaiki tenaga sel pada tahap selular (mitokondria)
  • Meningkatkan fungsi selular
2. Mengandungi Khasiat Polifenol
Sudah tentulah kedua-duanya mengandungi khasiat polifenol.

Vivix yang mengandungi 10 (atau lebih) khasiat polifenol. Disebabkan ianya adalah gabungan polifenol, maka sebab itu Vivix adalah 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Dan bagaimana dengan ResV? ResV tentulah mengandungi lebih banyak bilangan polifenol berbanding Vivix. 

3. Dihasilkan Secara Saintifik
Kesemua produk Shaklee merupakan hasil kajian secara saintifik dengan kajian yang bertahun-tahun oleh para saintis Shaklee.

❤️Nutriferon dihasilkan selepas kajian selama 45 tahun
❤️Youth pula dihasilkan selepas kajian selama 8 tahun
❤️Vivix dihasilkan selepas kajian selama 6 tahun
❤️ResV pula dihasilkan adalah pembaharuan daripada Vivix

Itulah Shaklee. Kalau tak saintifik, bukanlah Shaklee namanya.

Semua hasil kajian sains di Shaklee adalah diterajui oleh ahli sains bertaraf dunia. Semua hasil kajian sains di Shaklee adalah diterajui oleh ahli sains bertaraf dunia.

4. Unik Dan Ekslusif
Vivix dan ResV tidak boleh didapati di tempat lain selain pengedar sah Shaklee. Memang ianya sukar ditandingi. Kalau vitamin C, anda bolehlah kata boleh dapat daripada brand lain. Tapi kalau anda nakkan khasiat polifenol, anda takkan dapat daripada jenama lain.

Ini disebabkan Shaklee telah mempatenkan teknologi pembuatan Vivix daripada awal.

Syarikat lain menyediakan khasiat resveratrol tunggal sedangkan Vivix dan ResV adalah gabungan polifenol dan resveratrol yang tiada tandingan, insyaAllah. Vivix ekslusif dan unik.

5. Mesra Alam
Berbakti pada tanah, akan mendapat pulangan yang berlipat ganda. Mesra Alam adalah keistimewaan Shaklee. Shaklee mempunyai 3 keistimewaan iaitu Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Supplement Shaklee semua diperbuat dari alam semulajadi. Bahan- bahan diambil dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak mempunyai bahan toksik. Contoh bahan ialah ekstrak Jagung untuk Vitamin C, Beri untuk VitaLea, Ikan dasar laut untuk Collagen dan OmegaGuard.

Sentiasa Mesra Alam motto ialah Kami menjadi peneraju dan contoh dalam pemuliharaan alam sekitar. Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral dimana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Kami benar-benar bersungguh- sunguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi kita.
 
Dua produk ni dah lebih 10 tahun di pasaran tau. Jadi jangan rasa ragu-ragu atau was-was nak guna. Jom consume supplemen yang berkualiti dari kami. 

Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang ResV-vix? Jom klik baca penerangan daripada Master N tentang ResV-vix di sini. 

Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee?  Jom PM Tcer Ain disini

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


KEUNIKAN VIVIX BUAT ORANG TERUJA NAK CUBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ni Tcer nak cerita tentang keunikkan Vivix sehingga ramai yang ingin mencuba. Sebab unik la, Tcer sanggup kumpul duit nak beli Vivix ni. Sanggup main kutu sebab nak beli Vivix ni. Teruja. 

Vivix dan ResV juga Top1 dalam produk Shaklee. Produk paling laris la kat Shaklee walaupun harganya premium. 

Vivix adalah merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. Vivix adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Vivix merupakan minuman botani anti-aging atau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Antara keunikkan Vivix ni termasuklah

1. Kandungan Polifenol yang Mengagumkan
Vivix mengandungi gabungan polifenol yang unik dan diperoleh daripada pelbagai buah-buahan termasuklah Anggur Muscadine, Lobak ungu Elderberry Eropah dan ekstrak akar Plygonum Cuspidatum. Polifenol adalah sebatian tumbuhan dengan sifat antioksidan yang boleh menyokong kesihatan sel-sel.

Gabungan inilah yang menjadikan Vivix lebih baik 10 kali ganda dari Resveratrol tunggal. Di antara 8,000 jenis anggur di dunia, anggur Muscadine adalah salah satu anggur terbesar dan jarang didapati. Besar, tebal dan penuh dengan antioksidan, telah menarik perhatian saintis di Shaklee, untuk menjadikannya dalam bentuk minuman yang sihat, juga pekat.

Kulit dan Benih yang Tebal = Kuasa Antioksida. 
Lebih Kromosom = Kuasa Antioksidan Tambahan
Polifenol = Kawan Baik Kesihatan Anda

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 4,000 kajian mengenai kebaikan polifenol yang menunjukkan kebaikannya terhadap tubuh badan anda.


2.  Kandungan Resveratrol Yang Tinggi

Vivix terkenal dengan kandungan reveratrol yang tinggi, sejenis bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur merah dan beberapa tumbuhan lain. Resveratrol dipercayai mempunyai sifat antioksidan dan banyak dikaitkan dengan manfaat kepada kesihatan kota. 

Keunikan Vivix Shaklee bukan menggunakan anggur merah biasa tapi Muscadine Grape. Tidak seperti anggur lain, muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.



Di Amerika Syarikat, Suplimen Resveratrol sangat terkenal dengan antioksidan yang tinggi yang banyak manfaat dan menjadi kegilaan orang ramai terutama yang anti aging (Supplimen Awet Muda).

Resveratrol iaitu kandungan di dalam Vivix ini telah dirujuk bawah lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.
Selain itu Vivix juga mempunyai hak eklusif iaitu mempunyai 5 paten terhadap Vivix. Shaklee mempatenkan hak ke atas empat tumbuhan yang hebat tanpa sebarang pengawet. Tiada pengawet tau..

Shaklee juga mempaten kan “Cold Filling Extraction” Process ekslusif untuk Vivix Shaklee. Vixix menggunakan bahan semulajadi, berkesan dan selamat serta baik untuk kesihatan menyeluruh. Sebab itulah Vivix tidak dapat ditiru oleh mana-mana syarikat lain. Itulah uniknya Vivix. 

Antara manfaat polifenol ialah:

Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang Vivix? Siapa Perlukan Vivix? Jom KLIK SINI di sini. 

Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee atau nak dapatkan harga promo Vivix bulan ni?  Jom PM Tcer Ain disini

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut



Sunday, June 18, 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum dan hai semua. 


Topik hari ni berkaitan dengan wajah. Pernah dengar jeragat? Apa itu jeragat? Adakah jeragat ini berbahaya. Jawapannya tidak. Namun, tidak dapat dinafikan setiap orang akan mengalami masalah jeragat ini. Namun, tidak dapat dinafikan setiap orang akan mengalami masalah jeragat ini.

Apa itu Jeragat?
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah kita kelihatan tidak menarik dan gelap.

PUNCA JERAGAT BERLAKU

#1 TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI 

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :

Ultraviolet A – Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambubg seterusnya menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

Ultraviolet B – Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C – Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.


#2 PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.

 

#3 PENGGUNAAN KOSMETIK

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.

 

#4 FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.

 

Memandangkan sekarang ni ramai yang bekerjaya, mungkin ingin menggunakan petua-petua untuk menghilangkan jeragat mengambil masa yang lama. Jadi, semuanya mencari produk yang dapat mengatasi masalah ini. Dengan itu, Tcer nak syor kan kepada anda semua gunakalah set jeragat daripada produk kami di Shaklee dan Youth.  InsyaAllah berkesan dan selamat digunakan bagi anda yang mengalami masalah jeragat.

 

Tips Hilangkan Jeragat

Tips 1:

Minum teh hijau sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari. Kaedah ini mampu membuat kulit anda bebas dari jerawat kerana ia mempunyai antioksidan yang sangat bagus. Di dalam Shaklee, kami ada Cinch Tea yang bagus untuk antioksidan. Ini kerana Cinch Tea ini mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. 



Tips 2:

Untuk pencuci muka, anda boleh memilih pencuci muka dari Youth iaitu Luminous Gel Oil Cleanser kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna. 


 

Tips 3:

Penyegar wajah adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Gunakanlah Perfecting Skin Toner  yang mana ia sangatlah mudah untuk digunakan dan dapat membersihkan segala sisa-sisa makeup yang ada sebab ia bersifat waterbase.

 

 

Tips 4:

Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Pelembap yang menggunakan bahan semula jadi dan bebas kimia adalah yang terbaik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna. Tak tahu nak guna pelembap apa? Anda boleh try Age Defense Moisturizer SPF 50.

 

 

Tips 5:

Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut pada wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

Nak lebih best, gunakan full set rangkaian penjagaan wajah dari YOUTH

Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang jeragat? Jom klik Petua Hilangkan Jeragat di sini. 

Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee? Jom Jom PM Tcer Ain Di Sini

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hai 🙋 Bertemu kembali. Hari ni Tcer nak share tentang "Amalan Gaya Hidup Sihat". 

Seperti yang kita ketahui, Kementerian Kesihatan Malaysia selalu menguar-uarkan tentang amalan gaya hidup sihat ini. Pernah dengar tak? Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti akibat cara pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat. 

Kenapa kita perlu menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat?
Ini kerana amalan gaya hidup sihat mampu mencegah daripada terkena penyakit berbahaya seperti serangan sakit jantung, strok, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi. 
Antara yang disarankan oleh pihak kerajaan kita mestilah:

1. Melakukan senaman 
Kita digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 30min setiap hari. Senaman ni boleh dilakukan outdoor atau indoor. Kalau hari bekerja Tcer suka berlari diatas tredmill. Tcer beli yang murah-murah je. Atleast Tcer keluarkan peluh dan feel lepas joging ni rasa ringan badan. Jika hari minggu Tcer suka ajak anak-anak dan suami jogging di taman sambil bermain dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya Tcer dapat merapatkan ikatan silaturrahim bersama ahli keluarga. 

Tcer juga rasa seronok join circle "Detox" . Sebab kawan-kawan Tcer suka share senaman ringkas yang Tcer boleh ikut jika tak dapat berlari diatas tredmill atau berjoging ditaman. Mereka juga selalu beri galakan dan inspirasi buat Tcer. Sibuk macam mana sekalipun, buat senam simple atleast 30 minit. Best kan? Nak join kami, jom PM Tcer. 

Lepas joging seround boleh main kat taman. 

2. Ambil Makanan Berkhasiat dan Seimbang. 
Kita disarankan untuk ambil makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan. Tahu tak piramid makanan tu apa? 

Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 Mesej Utama, di antaranya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong setiap hari.

Manakala pengambilan 6 hingga 8 gelas air kosong sehari dapat memastikan kesihatan dan fungsi tubuh yang baik.
Kedua-dua mesej utama ini penting terutamanya dalam menghadapi wabak.

Amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’.
You are what you eat. Kawal kuantiti makanan yang diambil setiap hari. Gunakan pinggan berukuran kira-kira 10 inci yang dibahagikan kepada tiga bahagian dengan konsep ‘suku-suku separuh’. Maksudnya suku pertama diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita. 

Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.

Separuh lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untutk membantu pelbagai fungsi penting tubuh. 

Manakala pengambilan air yang disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil dua gelas air tambahan bagi mengelakkan dehidrasi.


Cara mudah, ingat konsep suku suku separuh:

– Suku karbohidrat (nasi, mi, mihun, kuey teow, pasta)
– Suku protein (ayam, ikan, telur, daging, tempe, tauhu)
– Separuh sayur & buah-buahan


3. Pilih Supplemen Yang Berkualiti
Pada zaman kini supplemen adalah keperluan, bukan kehendak kerana supplemen la yang mencukupkan zat dan nutrisi dalam diri kita. 
Untuk konsultasi supplemen boleh PM Tcer disini

Nak lebih tips dan penerangan jelas tentang amalan gaya hidup sihat? Jom klik  Gaya Hidup Sihat di sini. 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


Friday, June 9, 2023

PENGEDAR SHAKLEE SERI MANJUNG ,PERAK


Alhamdulillah....genap 2 tahun kembali aktif menjual Shaklee. 

Assalamualaikum semua. 

Hai. Hari ni Tcer tak ada nak cerita apa. Cuma rasa bersyukur buat bisnes Shaklee setelah bertahun-tahun jadi pengguna setia Shaklee sejak 2012 lagi. 

Niat asal takde la nak bersungguh nak menjual ni. Tcer ni penyegan sikit bila nak bercakap dengan orang kecuali orang yang betul kita dah kenal. Nak bercakap dengan customer pun alahai...segan.

Tapi itu dulu. Sekarang lebih berani dan confident bila nak bercakap dengan customer tentang produk. Tcer tak akan jual sesuatu kalau tak beri manfaat kat Tcer dan orang sekeliling. Maksudnya, macam Shaklee ni Tcer suka dengan "shaklee effect" yang Tcer dan family dapat. Dari situ la Tcer rasa rugi kalau tak share manfaat produk Shaklee ni. Dan dari situ lah juga big point kenapa Tcer teruskan bisnes Shaklee ni. 

Tcer seorang umi kepada dua orang cahaya mata lelaki yang sangat aktif, seorang isteri dan juga seorang pendidik yang aktif di sekolah. Kalau kerjaya chekgu chekgi ni macam biasa la. Mana boleh duduk diam. Start sampai tempat kerja sampai nak balik lah asik berjalan. Boleh bayang tak betapa penatnya sepasang kaki ni? 😅 

Sebab itu Tcer perlukan supplemen yang serasi untuk extra tenaga Tcer. Semestinya Tcer pilih Shaklee sebab berkualiti, diyakini selamat dan berkesan. Banyak research yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik Shaklee sebelum sesuatu barang itu dipasarkan. Bukan kaleng-kaleng produknya. Ada yang dah lebih 100 tahun pun. 

Jangan ragu-ragu untuk guna Shaklee. Tahun ketiga Shaklee terima award gold ni. Tahniah Shaklee ❤️

Antara set shaklee effect yang best pernah Tcer jual ialah 
❤️ Set Mengandung Shaklee
❤️ Set Berpantang Shaklee
❤️ Set Menyusu Shaklee
❤️ Set Untuk Warga Tua
❤️ Set Cantik Shaklee
❤️ Set Detox Shaklee
❤️ Set YOUTH Skincare Shaklee

Tcer cover untuk area Seri Manjung, Lumut, Setiawan, Ayer Tawar. Tapi kalau yang jauh Tcer boleh poskan. Free saja kalau nak tanya-tanya dulu. 

Tcer berharap dengan bisnes ni Tcer dapat bantu sampaikan benda yang baik-baik kat customer dan orang sekeliling. 

Jom hidup lebih sihat dan ceria dengan Shaklee.

Orang Kota Kinabalu Sabah boleh hello-hello kawan Tcer ni tau. Si cantik Elly Matin Pengedar Sah Shaklee Kota Kinabalu

Nak hubungi Tcer boleh klik disini Your favourite SID Shaklee


Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut







Tuesday, June 6, 2023

MY SHAKLEE EFFECT ❤️


TESTIMONI SHAKLEE EFFECT SAYA
 
❤️ SET MENGANDUNG DAN BERPANTANG BERSAMA SHAKLEE

Hai.. Assalamualaikum semua. Hari ni Tcer nak share testimoni shaklee effect Tcer sendiri. 

Alhamdulillah.... Anas ni anak yang kedua. Masa pregnantkan abangnya Tcer tak ambil full set Shaklee. Hanya ambil waktu berpantang saja. Ye la..dulu tak berapa kenal lagi produk ni. Sebab seronok masa berpantang pertama dengan Shaklee, Tcer bagitau suami nak try la ambil full set kalau mengandung kali yang kedua. 

Anak pertama Tcer bersalinkan secara czer. Mengandungkan si Anas ni masa anak pertama baru setahun tiga bulan. Scary ok. Sebab doktor dah ingatkan jarakkan mengandung yang seterusnya sebab bersalin czer kan. Tapi apa kan daya termengandung pulak. 

Sebelum nak jumpa doktor ni dah risau macam-macam. Tapi alhamdulillah bekas czer doktor kata cantik. Tak timbul. Sepanjang pregnantkan Anas takde masalah. Nak tau tak? Tcer tak pernah minum air gula. Tertanya juga kenapa tak kena ni? Sebab pregnantkan Anas umur pun dah 29 tahun. Tapi doktor kata rekod cantik so tak payah la buat. Ya...fully checkup private. Tak pernah ke klinik kesihatan. Rezeki Tcer & anak-anak. Thank you ayah. 

Sepanjang pregnant tak rasa letih. Masa ni terpaling bisneswomen jual Tupperware. Hari-hari postage barang. Siap beratur. Ada orang suruh kedepan dulu.  Tcer tak mau...sebab ok je beratur. 😆 Takde la rasa letih ke apa. Haha. Berlagak betul kan. Ye, dulu-dulu tak ada lagi drive thru untuk pos. Gigih beratur.

Sepanjang pregnant ini la set yang Tcer ambil. 
Part paling best, doktor tanya awak nak tak supplemen dari hospital? So Tcer tanya la. Boleh tak nak ambil supplemen dari Shaklee saja? And yessss, doktor bagi ambil supplemen dari Shaklee saja. So cerita dia tak pernah la dapat vitamin dari hospital. Doktor tanya siap-siap supaya kita tak membazirkan ubat-ubat dari hospital. Kalau ambil dan tak makan, kan dah jadi kawan syaitoooon. 

Ni Anas masa hari pertama lahir. Super cute. Sampai orang ingat anak cina. Takut tersilap anak 😅 

Masa berpantang Tcer teruskan dengan set Shaklee. Add on Vivix, Zinc. 

Vivix untuk tenaga, bagi cepat baik. 
Zinc untuk luka cepat baik. Ni memang betul cepat baik. Minggu ke tiga dah ikut balik ke Manjung. Minggu ke empat siap naik ke Cameron.
Alfalfa untuk booster susu atau lebih dikenali sebagai jamu moden. Memang meriah la susu. 

Alhamdulillah... dah 7 tahun pun budaknya tahun ni. Apa yang Tcer lihat sepanjang perkembangan tumbesaran Anas, jarang sakit. Tapi kalau sakit tu tak melarat. Alhamdulillah, syukur sangat. Abangnya baby prematured, jadi kerap sakit sampai masuk hospital. Sampai Anas cakap kenapa ya Anas tak pernah pun masuk hospital macam Ammar? Budak-budak dia tak faham. Dia ingat seronok sangat ke masuk hospital tu. 😄

Part paling bersyukur dia mudah faham apa yang nak belajar, kadang kala tak sangka dia boleh jawab. Doakan Anas Arsyad jadi anak soleh, anak yang bijak pandai supaya dapat jadi seorang pemimpin yang baik. 

Anak kakak si comel Khalis ni pun baby Shaklee. Kakak kata jealous tengok Anas. So masa pregnant si Khalish kakak ambil full set juga. Dapat la si Khalish yang comel dan bijak ni. 

Itu lah Shaklee Effect yang Tcer rasa berbaloi sepanjang guna Shaklee ni. Sebab itu la Tcer rasa rugi kalau tak share dengan orang lain. Kalau awak tengah pregnant, belum terlambat nak try set hamil Shaklee ni tau. Terus sambung set berpantang dan menyusukan anak. 

Nak baca lagi kisah shaklee effect Shaklee kami? Jom baca kisah Kisah Shaklee Effect Ivy

Nak tanya apa-apa tentang produk Shaklee? Jom PM Ain disini.

Saya juga join giveaway dari Master Norita. Doakan saya terpilih. 

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut












CoQ-trol Shaklee | Kebaikan | Siapa yang perlukannya?

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni Tcer nak share lagi tentang supplemen yang ada didalam rangkaian Shaklee. Supplemen yang seterusnya ini ...