Sunday, July 9, 2023

TIPS BISNES ONLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ni Tcer nak share Tips Bisnes Online. Tcer bermula bisnes online ni dah lama. Dari zaman belajar di universiti. Bermula sekadar suka-suka untuk cari duit extra nak shopping. Tapi kini dah jadi tabiat pula. Rasa tak kena kalau tak menjual. 😅 

Tapi Tcer jadikan bisnes online ini sebagai pendapatan tambahan buat Tcer. Lagi- lagi zaman yang memerlukan semuanya duit. Nak masuk toilet pun duit. Kenaikan harga barang menjadikan Tcer lagi nekad untuk menjual dan sharing manfaat produk tersebut. Hanya yang betul-betul serasi dengan Tcer je Tcer jual bersungguh-sungguh. 

Satu lagi mindset Tcer, rugi sekiranya kita asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sepenuhnya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram bahkan di Whatsapp. Jadikan peluang yang ada ni sebaiknya. 


Tips Memulakan Bisnes Online

Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan bisnes online, Tcer nak berkongsi tips dengan anda bagaimana memulakan bisnes online dengan betul.

Berikut adalah antara 5 tips bagi memulakan bisnes online dengan mudah. Buat tindakan sekarang dan mulakan segera.

1. Kenal pasti produk yang ingin dijual

Pertama sekali, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual. Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak. Sebab tu Tcer tak berapa suka simpan stok banyak-banyak. Lebih suka ada order, Tcer terus order kat HQ. Macam produk Shaklee dan Mommyhappy. 

Anda juga perlu kerap mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk anda meningkat dan konsisten. Dah nama pun menjual, jangan malas nak promote. Sekarang mudah. Up je kat whatsapps status, stories Instagram dan Facebook. Baru la orang tau kita ni menjual. Kita pasakkan niat nak menjual ni nak bagi faedah dan manfaat juga buat orang lain.


Tak da stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk anda meningkat dan anda berjaya merendahkan risiko perniagaan anda. Tak da stok ditangan juga tak bermaksud anda tak boleh berjaya. Seronok kan bisnes macam ni? 

5. Belajar ilmu pemasaran.
Walaupun kita berniaga secara online, kita rasa ramai orang akan melihat apa yang ada jual tetapi, dengan lambakan bisnes online yang ada sekarang, perniagaan kita berkemungkinan tak dapat dilihat oleh orang lain.

Percayalah! Anda boleh mengukur keberkesanan posting anda di laman media sosial melalui berapa “Like” dan berapa “comment” yang anda dapat. Jika setakat 5 like dan asyik dari orang yang sama, nampaknya agak sukar untuk kita membuat jualan. Kita kalau boleh nak stranger juga berminat dengan produk jualan kita.

Sebab itulah kita perlu juga belajar sedikit ilmu pemasaran dengan mentor yang betul. Tiada usaha, tiada la hasil. 

Dapat sesuatu?

Seronok join bisnes online Shaklee. Buat sambil-sambil pun dah boleh dapat 4 angka. Kalau buat sungguh-sungguh tak mustahil boleh dapat hingga 5-6 angka. Yuran pendaftaran serendah RM35 je tau. Tapi kalau buat pembelian sekitar RM300 lebih atau 150uv dah layak untuk dapat FREE MEMBERSHIP.

Dulu Tcer join masa bayar pendaftaran RM65. Murah sangat dah sekarang. Jom join kami. 

Nak lebih tips tentang bisnes online? Jom klik Tips Mulakan Bisnes Online  di sini. 

Nak join menjual bisnes online Shaklee yang mudah ni? Jom PM Tcer Ain di Sini

Nurain bt Sarion : SID 111677
Nombor telefon: 018 573 2868
Pengedar Shaklee Seri Manjung/Setiawan/Lumut

Thank you korang sudi baca. till next entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeManjung #ShakleeSetiawan #ShakleeLumut


No comments:

Post a Comment