Thursday, February 9, 2023

BEST KE BUAT INTERMITTENT FASTING?

Selalu tak kita dengar orang buat IF turun berat berkilo-kilo? Lepas tu ada yang tanya 
"Tak boleh makan minum ke sepanjang hari?" 
"IF ni macam puasa ke?"
"Betul ke boleh kurus dengan IF?"

Jom kita belajar serba sedikit tentang apa itu IF. 
Apa itu Intermittent Fasting? 

Sejak akhir-akhir ini Intermittent Fasting atau lebih dikenali sebagai IF mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang nak kurus secara sihat. Bukan makan produk cepat kurus tau. Tetapi IF ni menjarakkan atau melambatkan waktu makan untuk mendapat kebaikan berpuasa.

"Eh...kena puasa ke macam mana? " 

Bukan sayang. IF ni bukan berlapar. IF ni juga bukan program diet. Jika kita faham perubahan fisiologi yang berlaku ketika berpuasa, saya yakin awak jatuh cinta dengan gaya pemakanan ini. Dalam IF, kita boleh minum air tetapi dalam konteks puasa Islam ia adalah jenis dry fasting, tidak boleh minum. 

"Baik puasa je Ain. Dapat juga pahala"

Ya betul. Jika mampu puasa hari-hari silakan buat. Isu yang timbul disini ialah mungkin dengan pekerjaan dan rutin harian, tidak ramai yang mampu untuk berpuasa sunat secara konsisten setiap hari Isnin dan Khamis. Bila bukan bulan Ramadhan tau-tau saja lah godaannya. MasyaAllah. Tak mampu ditepisπŸ˜† 

IF ni alternatif yang mudah dan simple yang boleh disesuaikan dengan jadual harian kita dan pada masa yang sama kita nak grab manfaat kesihatan daripada amalan membuat IF. Jika selama ni asal tengok makanan la kita nak makan 5-6 kali sehari..ke awak makan lebih dari tu? 😜 Tetapi dalam IF fokus utama kita ialah untuk mengurangkan kekerapan makan kepada 2-3 kali sahaja sehari. 

Jika selama ni kita ambil snek setiap kali lewat malam, dengan IF apa yang kita perlu lakukan ialah ubah masa anda untuk makan malam lebih awal dan elakkan mengambil snek. 

Pada peringkat awal mungkin agak susah untuk awak lakukan. Tetapi jangan risau, lama-lama alah bisa tegal biasa. Nak turunkan berat badan pasti memerlukan sedikit pengorbanan. Tak gitu?

Dalam IF kita boleh tentukan berapa jam kita nak berpuasa (fasting window) dan berapa jam untuk makan (eating window)

3 soalan yang sering ditanya jika anda nak bermula dengan IF

Nak tau tak? πŸ‘€
Waktu tidur pun dikira sebagai tempoh IF. Best kan? Best sangatttt...

Jom pilih IF yang sesuai untuk anda. Setiap jenis IF mempunyai kelebihan masing-masing. 

1. 12/12
Sesuai untuk beginner. Yang baru nak bermula boleh cuba 12/12. Jangan terburu-buru nak buat IF dalam tempoh yang lama takut badan kita terkejut. 

Maksud 12/12 ialah 12jam puasa, 12jam makan. 

IF 12/12 sesuai untuk :
❤️ Anda yang baru nak mulakan IF
❤️ Anda tidak yakin sama ada mampu atau tidak.
❤️ Anda yang selalu suka makan waktu malam
❤️ Anda yang ada masalah kesihatan

2. 16/8 
Pilihan rakyat Malaysia. Ianya lebih mudah dilakukan dalam rutin harian. Sebagai contoh mula berpuasa pukul 8malam dan berbuka puasa pada jam 12 tengahari keesokkan harinya. Tempoh ni ikut kesesuaian rutin harian anda tau. Part ni nanti Ain terangkan lebih details lagi. 

Sepanjang tempoh IF ni kita dibenarkan untuk minum air kosong, air teh atau kopi tanpa gula. Namun begitu, elakkan kafein yang berlebihan kerana boleh sebabkan dehidrasi, menggeletar dan berdebar-debar. 

Pelan IF 16/8 sesuai untuk:
❤️ Selalu craving dan suka mengambil snek
❤️ Tak sempat nak bersarapan
❤️ Untuk anda yang tak suka bersarapan atau tak suka makan malam
❤️ Sibuk dengan jadual harian yang ketat

Untuk pelan IF 12/12 kita boleh mula berpuasa pada jam 7 petang  dan boleh berbuka 7 pagi pada keesokkan harinya. 

Sepanjang tempoh IF ini kita boleh minum sahaja tetapi tidak dibenarkan untuk makan. 

Untuk  pelan IF 16/8 kita akan berpuasa selama 16jam dan boleh makan dalam tempoh 8jam seterusnya. Contohnya kita berpuasa pada jam 7 petang dan keesokkan harinya selepas jam 11pagi kita sudah boleh berbuka puasa. 

"Bolehkah saya nak makan apa yang saya suka sepanjang tempoh makan ni? "
Boleh tetapi jika kita berniat nak turunkan berat badan, pilihlah makanan yang sihat dan tidak meningkatkan gula secara mendadak dalam darah. Ini bertujuan menstabilkan hormon insulin dan meningkatkan pembakaran lemak. 

Jika kita berbuka puasa dengan makanan manis dan bergula tinggi, manfaat dari puasa tadi kita tak dapat seperti yang diharapkan. Sebab itu berat badan kita statik saja tak turun-turun. 

Untuk permulaan, kita digalakkan mengambil 3 kali hidangan sepanjang fasa makan seperti makan tengahari, makan malam dan satu snek. 

Untuk beginner jangan risau dengan IF ni. Bila dah terbiasa rasa craving atau rasa lapar dapat dikawal dan amazingnya kita akan rasa kenyang lebih lama. Seterusnya, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan kepada dua atau satu hidangan sahaja dalam sehari. 

Walau apa pun, lihat kemampuan diri kita ya. Jangan terlalu drastik membuat perubahan sehingga kita rasa give up nak teruskan IF journey ni. 

Apa yang penting ialah konsisten dan amalkan gaya hidup sihat. 

Nak tau kelebihan Intermittent Fasting? Nantikan next post ok. 

Jom ber-IF!

Terima kasih sudi membaca. Moga beri sedikit ilmu buat kalian. 

Nak info lebih lagi tentang Intermittent Fasting? Boleh klik sini Intermittent Fasting Buat Wanita

❤️ Tcer Ain
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleemanjung #shakleeperak

Wednesday, February 8, 2023

PENGEDAR SAH SHAKLEE SERI MANJUNG PERAK

Assalamualaikum dan Hi πŸ™‹‍♀️

Salam perkenalan. Saya Ain. Biasa orang kenal saya dengan Tcer Ain. Cikgu biasa-biasa saja yang suka berkongsi ilmu, pendapat dan suka ajar bisnes kat orang lain. Nak kaya dunia akhirat biar sama-sama kan? πŸ˜‰

Ain pengedar sah Shaklee sejak 2012 lagi. Dulu hanya makan sendiri, tetapi sejak kehilangan ayah tercinta Ain sedar jaga kesihatan itu sangat penting. Sejak 2021 Ain mula aktif kembali untuk berniaga sebab rasa rugi kalau Ain tak sampaikan kebaikan tentang supplemen ni kat orang lain. 

Sejak konsisten dan rasai sendiri Shaklee Effect dari Shaklee ni, Ain nekad nak bantu orang lain menjaga kesihatan dengan cara yang terbaik. 

Antara top set yang selalu mendapat tempat dihati customer Shaklee ni seperti
❤ Set cantik
❤️ Set mengandung dan berpantang 
❤️ Set warga emas
❤️ Set detox
❤️ Set slim 
❤️ Set sakit sendi
❤️ Set skincare Youth
......dan bermacam lagi set yang ada. Yang diatas ni adalah set yang selalu customer repeat order. 

Semua ini boleh dapatkan dengan Ain ya. Boleh COD area Seri Manjung, Setiawan dan Lumut. Yang jauh kita boleh pos serendah RM10 saja. Pembelian banyak kita bagi FREE POSTAGE tau.


Your Favourite Shaklee Distributor,
Tcer Ain πŸ§•❤️